Ads Top

‘Jangan Ambil Dia, Bagi Dia Hidup..’ Sebak Doa Lana Nodin Untuk Anak Kedua

Debaran paling hebat buat mak ayah ketika menanti anak kecilnya jalani pembedahan dalam bilik pembedahan. Ketika itu, ibarat nyawa jadi pertaruhan.

Sungguh, dalam memujuk hati yang resah dan serabut itu, doalah senjata mak ayah paling kuat. Lana Nodin berkongsi kesyukuran di IG livenya. Anak kedua, seusia 2 bulan itu selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara.

Sebelum ini, William Daud McKienzie disahkan mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).

 

Doanya fokus mahu anaknya selamat dan terus hidup dalam peliharaan mereka sekeluarga. Dan Allah makbulkan.

Sejak kelmarin, doa mak ayah ini tidak putus untuk anak keduanya, malah katanya rakan-rakan artis, pihak media, kawannya yang di Makkah turut mendoakan William yang mesra dipanggil Billy.

Saya tak pernah upload gambar (sebelum ini), tak sangka mereka sayang anak saya.” tuturnya berterima kasih dengan kiriman doa dan kasih sayang yang diberikan itu.

 

‘Jangan Ambil Dia, Bagi Dia Hidup..’ Doa Lana Nodin Untuk Anak Kedua

Ini Doa Lana, ‘Bagi Billy Hidup Dengan Saya’

Ibu-ibu di sini teruskan berdoa. Memang betul orang kata.. doalah, tapi masa itu hati kita tengah kusut. Doa pun berterabur. Sebab hati sedih. Sebenarnya bila kita fokus satu benda cakap betul-betul. Tuhan akan bagi.

Cakap macam kawan pun cukup. Tadi lepas solat, saya cakap dengan Dia, ‘jangan ambil dia.. bagi dia hidup dengan saya.”

Dalam linangan air mata, Lana yang ditemani suami, Daud McKienzie mengucapkan kesyukuran kerana anaknya selamat.

Alhamdulillah.. kerana doa-doa anda semua, anak saya selamat. Jantungnya tak terhenti, bermakna doktor dapat buat prosedur yang sepatutnya.”

Maklumnya lagi, jika pembedahan perlu dilakukan sekali lagi, risiko untuk jantung terhenti boleh berlaku. Sebelum ini, pembedahan untuk Billy terpaksa ditangguhkan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit.

Lana juga dikurniakan seorang puteri sulung, Gia Quinn McKienzi.

 

‘Jangan Ambil Dia, Bagi Dia Hidup..’ Doa Lana Nodin Untuk Anak Kedua

Bantulah Anak-anak Senasib Billy

Dalam posting instagram terdahulu, Lana mengajak orang ramai membantu anak-anak yang senasib dengan anaknya.

Nama saya William Daud McKienzie, AKA “Billy”. Saya dilahirkan dengan congenital heart defect called Aortic stenosis.

Anda semua boleh membantu less fortunate children macam saya untuk mendapatkan bantuan treatment donating dengan menderma kepada Yayasan IJN.

Semua donations are tax exempt jika anda menderma Cukai anda Akan Di bebaskan.” Tulisnya dalam instagram.

‘Jangan Ambil Dia, Bagi Dia Hidup..’ Doa Lana Nodin Untuk Anak Kedua

Sumber/Foto : Lana Nodin

The post ‘Jangan Ambil Dia, Bagi Dia Hidup..’ Sebak Doa Lana Nodin Untuk Anak Kedua appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.