Ads Top

Lepas Abby Abadi Kurus Amalkan Produk Berryfull Honey Lemon, Inayah Beauty Raih Jualan Kasar RM2.5 Juta

Selepas kejayaan produk Berryfull mix berries, jenama Inayah Beauty tampil mengeluarkan perisa baharu Honey Lemon, yang memberi kesan tiga kali ganda penurunan berat badan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi, pengeluaran  Berryfull Honey Lemon membuatkan pihaknya memilih selebriti popular, Abby Abadi sebagai duta bagi merasai sendiri penggunaan produk perisa baharu itu.

“Dengan pelbagai cabaran sepanjang proses Berryfull Honey Lemon yang ingin bersaing secara sihat dalam pasaran, saya bersyukur jalinan kerjasama dengan Abby memberi impak yang besar.

“Pada asalnya, saya mendapat satu kiriman video daripada Fasha Sandha. Video itu menunjukkan Abby Abadi dan Azza (Elite) berkongsi pengalaman mereka kepada Fasha yang mereka adalah pengguna setia Berryfull.

“Mereka beli sendiri dan memang amalkan. Video berkenaan buatkan saya tertarik kerana tak sangka mereka sudi mencuba produk tempatan kami,” katanya.

Tambah Dini, selepas pengurusan pembungkusan selesai, pihak Inayah melantik Abby sebagai ‘Face Off’ Berryfull Honey Lemon pada Jun lalu dan perubahan ketara saiz badan Abby adalah testimoni sebenar yang dipantau sepenuhnya oleh pihak Inayah.

“Abby sudi menyahut cabaran yang diberikan iaitu wajib kurus dalam masa tiga bulan. 

“Ketika saya menghubungi Abby, berat badannya mencecah 75kg dan dia sahut cabaran saya untuk turunkan berat badan sehingga 59kg pada bulan Ogos 2024. Kemudian barulah Abby dilantik sebagai duta Berryfull Honey Lemon.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan seorang lagi artis yang sangat berdisiplin sehingga berjaya membuktikan dia mampu mendapatkan berat badan yang diimpikan,” ujarnya.

Perubahan berat badan Abby yang begitu ketara membuatkan jualan kasar Berryfull Honey Lemon berjaya mengutip jualan kasar sehingga RM2.5 juta sepanjang tempoh tiga bulan produk berkenaan di pasaran.

Mengenai syarikat, Inayah Beauty Sdn Bhd adalah sebuah  syarikat yang menghasilkan produk makanan tambahan iaitu Berryfull, Gattox dan Break Oat.

The post Lepas Abby Abadi Kurus Amalkan Produk Berryfull Honey Lemon, Inayah Beauty Raih Jualan Kasar RM2.5 Juta appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.