Fasha Sandha Sebak Kenang Kisah Penceraian Fazura & Fattah Amin… Teringat Fazura Pernah Hadiahkan 20 Pasang Baju Raya
Pelakon popular, Fasha Sandha tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya apabila mengenangkan kisah penceraian pasangan pelakon Fattah Amin & Fazura.
Dalam keadaan sebak dan menitiskan air mata, Fasha berkata, hubungannya dengan Fazura agak rapat, malah suaminya Aidil Aziz juga berkawan baik dengan Fattah.
“Paling saya teringat ketika saya menjadi ibu tunggal dahulu, Fazura pernah hadiahkan 20 pasang baju raya dan itu antara perkara yang buatkan saya tersentuh.
“Tangisan saya ini bukan lakonan… kalau boleh saya tak nangis. Apa pun saya anggap ini adalah ujian buat mereka berdua,” ujarnya.
Fasha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Berryfull New Flavor Launch & Zumba yang berlangsung hari ini.
Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah Fazura yang memfailkan penceraian terhadap suaminya sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Dalam pada itu Fasha memberitahu dia dan suami juga tidak pernah bersembang mengenai rumah tangga artis lain, namun kisah penceraian Fattah dan Fazura memberi kesan kepada mereka.
“Kami tak pernah bersembang pasal selebriti lain, misalnya kalau ada pasangan artis bercerai, kecuali pasal Fazura dan Fattah yang membuatkan saya emosi.
“Lagipun mereka adalah keluarga yang baik. Macam Fazura kalau saya datang mana-mana acara yang dia anjurkan, dia akan ajak saya masuk dalam bilik khas dan perkenalkan ahli keluarga dia yang lain,” jelasnya.
Pada masa sama, Fasha mengakui berasa agak kerdil apabila dibandingkan dengan Fazura yang dianggapnya sebagai seorang idola yang sukses.
“Antara artis yang saya anggap idola macam Fazura, Hanis Zalikha, Neelofa dan Wawa Zainal. Pada saya mereka ini adalah artis yang sesuai untuk dijadikan contoh yang baik untuk berjaya.
“Macam Fazura saya takkan lupakan segala kebaikan yang pernah dia buat, terutama ketika saya bergelar ibu tunggal dahulu,” luahnya. – KopiPlanet.com
The post Fasha Sandha Sebak Kenang Kisah Penceraian Fazura & Fattah Amin… Teringat Fazura Pernah Hadiahkan 20 Pasang Baju Raya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: