Rahsiakan Berita Kematian Bayi Sulung, Marissa Dania Nafi Ketepikan Ibu Sendiri
Marrisa Dania Hakim yang merupakan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim menyatakan dia tidak pernah mengenepikan ibunya susulan dakwaan merahsiakan berita kematian bayi sulungnya yang lahir secara pra matang pada Ogos lalu.
Marissa berkata, dia dan suaminya Ahmad Aslam lebih selesa untuk berinteraksi dengan bapanya iaitu pelakon Norman Hakim.
“Mama tak tahu sebab Aslam lagi rapat dengan papa dan dengan papa sahaja dia maklumkan tentang perkara itu. Dengan mummy (Memey) pun dia tak beritahu sebab dia lebih selesa bercakap lelaki dengan lelaki, itu sahaja sebabnya.
“Tidak bermaksud saya ketepikan mama, akhirnya mama dapat tahu juga. Hubungan saya dengan mama okay sahaja, mengenai isu keluarga itu. Adalah sebabnya dan tiada apa pun,” jelasnya.
Marissa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran perisa baru Berryfull bersama Abby Abadi di Damansara.
Sementara itu, berkongsi keadaanya yang baru kehilangan bayi sulung bulan lalu, Marissa berkata dia dan suami redha dengan pemergian bayi berkenaan tetapi tetap sedih.
“Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak tapi kena kuatlah. Saya dan suami okay. Kami bersama-sama harungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, jadi nak buat macam mana?” katanya.
Marissa yang juga isteri kedua Ahmad Aslam sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Begitupun, permata hati sulung mereka meninggal dunia pada usia kandungan enam bulan ketika dilahirkan dan selamat dikebumikan sehari kemudian.
Marissa sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan. – KopiPlanet.com
The post Rahsiakan Berita Kematian Bayi Sulung, Marissa Dania Nafi Ketepikan Ibu Sendiri appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: