Ads Top

Afdlin Shauki, Maria Christina Orow Sah Bercerai Beberapa Bulan Sebelum Ulang Tahun Perkahwinan Ke-25

Setelah melayari bahtera perkahwinan selama hampir 25 tahun, akhirnya pelakon Datuk Afdlin Shauki dan Datin Maria Christina Oro mengambil keputusan untuk berpisah.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Cristina menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

“Tinggal beberapa bulan ulang tahun perkahwinan ke-25, saya dan Afdlin mengambil keputusan untuk bercerai pada bulan April lalu.

“Keputusan yang dibuat agak cepat kerana mungkin tidak dapat dielakkan. Kami mengumumkan perkara ini sekarang kerana bulan ini sudah cukup tiga bulan tempoh iddah saya telah tamat,” tulisnya.

Ujar Maria, antara yang menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga adalah apabila mereka diuji ketika pandemik Covid-19 sehingga mencetuskan salah faham.

Jelasnya, kehidupan mereka ketika itu mulai berubah dan meskipun cuba untuk kembali menjalani kehidupan normal, ia tidak berjaya sehingga mereka mengambil keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Maria juga menyatakan tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka masih diteruskan bersama dan penceraian tidak seharusnya menjadi punca untuk mereka saling tidak menyokong.

“Kami masih tetap ibu dan bapa kepada anak-anak, kami selalu percaya yang kami masih boleh sama-sama menyokong dan menyayangi seperti sebuah keluarga yang normal.

“Pada saya penceraian bukan bermakna satu kemusnahan dalam hubungan kami, malah kami masih boleh berkawan baik untuk meneruskan kehidupan masing-masing,” ujarnya.

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1997 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. – KopiPlanet.com

The post Afdlin Shauki, Maria Christina Orow Sah Bercerai Beberapa Bulan Sebelum Ulang Tahun Perkahwinan Ke-25 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.