Abang Fedtri Yahya Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19
Pengacara popular Fedtri Yahya memberitahu bahawa abangnya, Zahari telah disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.
Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Fedtri menerusi satu posting di Instagram.
“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi setelah berjuang dengan #covid19,” tulisnya.

Sebelum ini, Fedtri pernah memaklumkan bahawa kesemua keluarga abangnya telah disahkan positif Covid-19.
Malah, bapanya sendiri yang berusia 72 tahun turut positif dan mendapat rawatan di hospital. – KopiPlanet.com
The post Abang Fedtri Yahya Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: