Selebriti Popular Kongsi Koleksi Kenderaan Peribadi Menerusi Rancangan Roda Panas
Program Roda Panas ialah sebuah rancangan infotainment berbentuk majalah terbitan saluran Nauradengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. berkaitan tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod.
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, program automotif Roda Panas sebagai platform utama menyalurkan informasi semasa mengenai teknologi kenderaan berkuasa besar, teknik penjagaan, perkembangan trend terkini yang berkaitan dengan sektor automotif serta tips bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan jalan raya.
“Walaupun kupasan topik tersebut mungkin agak berat untuk sebilangan penonton, namun corak penyampaian secara santai oleh ‘Hero Pujaan Malaya’ iaitu Remy Ishak selaku hos pasti membuatkan penonton suka dan terhibur, pada masa informasi sampai kepada mereka.
“Keistimewaan dan keunikkan program ini juga terletak pada perkongsian eksklusif oleh barisan tetamu jemputan yang akan berkongsi secara mendalam mengenai hobi, minat dan koleksi kenderaan peribadi masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelas Azlin, Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Menurutnya, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.
“Roda Panas akan bersiaran sepanjang 10 buah episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod ‘supercar’, ‘superbike’, ‘off road vehicle’, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi,” ujarnya.
Program ‘Roda Panas’ akan berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April 2021 secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. – KopiPlanet.com
The post Selebriti Popular Kongsi Koleksi Kenderaan Peribadi Menerusi Rancangan Roda Panas appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: