Ads Top

Bekas Penyampai Radio, Suby Meninggal Dunia Selepas Jalani Pembedahan Buang Usus

Bekas penyampai radio Era, Sinar dan Suria FM, Subarma Mohtaruddin atau lebih dikenali sebagai Suby disahkan meninggal dunia hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook milik Zafrina Abdul Rahman, Allahyarham meninggal dunia setelah menjalani pembedahan buang usus.

“Sahabat kita Suby semalam telah menjalani pembedahan buang usus sepanjang 1.8m kira-kira jam 3.30 ptg. Pagi tadi isterinya Kak Is bagitahu semua antibiotic yg kuat diberi pada badan suby menolak tak boleh menerima.

“Selepas azan zuhur kira² jam 1.38 ptg Subarma Mokhtarudin aka Suby meninggal dunia di wad ICU Hospital Serdang. Al-Fatihah kepada abang Subarma Mohtaruddin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan yang beriman,” tulisnya.

Allahyarham merupakan antara barisan penyampai terawal Era ketika mula bersiaran pada Ogos 1998 termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Jamal Jamaluddin dan Najman Mohamed.

Kemudian pada tahun 2004 arwah berpindah ke stesen Sinar FM dan pada tahun 2008 dia memulakan kerjaya di Suria FM sehingga tahun 2017. – KopiPlanet.com

The post Bekas Penyampai Radio, Suby Meninggal Dunia Selepas Jalani Pembedahan Buang Usus appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.