Ads Top

Polis Cadang Neelofa, PU Riz Perlu Dikenakan Kompaun, Keputusan Terletak Pada Timbalan Pendakwa Raya

Pasangan popular yang baru mendirikan rumah tangga bulan lalu, Neelofa dan PU Riz perlu dikenakan kompaun susulan majlis perkahwinan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bagaimanapun ia terletak kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

“Setakat ini kita sudah serahkan kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan memutuskan sama ada beliau akan didakwa atau sebaliknya. Kita hanya beri cadangan agar kedua-duanya dikenakan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, perkahwinan pasangan popular itu mendapat perhatian ramai selepas tersebar gambar tetamu yang didakwa telah melanggar SOP ditetapkan sehingga mengundang kritikan ramai.

Polis telah melakukan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kemudian pada 5 April lalu, Neelofa dan pasangannya itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan. – KopiPlanet.com

The post Polis Cadang Neelofa, PU Riz Perlu Dikenakan Kompaun, Keputusan Terletak Pada Timbalan Pendakwa Raya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.