(Video) Retakan Iceberg Hampir Sebesar Greater London Dilapor Terpisah Dari Antartika
Satu iceberg besar yang hampir sama dengan ukuran Greater London dilaporkan telah retak di Antartika, berhampiran dengan stesen penyelidikan Halley Britain, lapor BBC.
Instrumen permukaan di Brunt Ice Shelf mengesahkan ‘perpecahan’ itu pada Jumaat lalu.
Pada masa ini, tiada orang di kawasan itu, jadi tidak ada risiko bagi kehidupan manusia.
Iceberg itu dilaporkan sebesar 1,270 km persegi atau hampir 490 batu persegi, Halley terletak lebih 20km dari garisan rekahan tersebut.
Profesor Adrian Luckman telah mengesan imej satelit Brunt sejak beberapa minggu lalu dan meramalkan rekahan itu.
“Walaupun pemecahan ais Antartika biasa berlaku tetapi pemecahan yang besar seperti yang dikesan di Brunt Ice Shelf pada Jumaat lalu ini tetap menarik dan jarang berlaku.
“Dengan tiga keretakan panjang yang aktif berkembang di sistem Brunt Ice Shelf sejak lima tahun lalu, kita semua telah menjangkakan bahawa sesuatu yang luar biasa akan terjadi,” katanya.
Sumber: BBC
The post (Video) Retakan Iceberg Hampir Sebesar Greater London Dilapor Terpisah Dari Antartika appeared first on Siakap Keli.
No comments: