Ads Top

(Video) Berang Teman Wanita Sepak Menara Cawan Yang Disusun, Lelaki Terus Minta Putus

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan agar hubungan yang dibina akan kekal lama tetapi semuanya akan musnah jika tiada persefahaman serta tidak menghormati ruang privasi atau hobi pasangan.

Mungkin anda tidak pernah terfikir bahawa cawan juga boleh menjadi punca perpisahan tetapi ia benar-benar berlaku.

Menerusi video TikTok dari luar negara yang telah tular, seorang lelaki tidak mampu menahan kemarahannya apabila teman wanitanya menyepak cawan yang telah disusun olehnya.

@artur.edlind

זהו נפרדנו..😡 // We Breakup 😒

♬ original sound – 22 Savage

Dipercayai telah menghabiskan masa dengan lama untuk menyusun cawan yang bertingkat itu, riak wajah lelaki itu kelihatan sangat kecewa dan dia terus meminta untuk memutuskan hubungan mereka.

Wanita itu kelihatan terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Video itu setakat ini telah mendapat sebanyak 42.7 juta tontonan dengan komen yang kebanyakan menyokong keputusan lelaki itu.

Sumber: artur.edlind

The post (Video) Berang Teman Wanita Sepak Menara Cawan Yang Disusun, Lelaki Terus Minta Putus appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.