(Video) Bas Bawa Pesakit COVID-19 Dilapor Terbabas Rempuh Pondok Tol UPM
Berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah bas dalam satu kejadian di Lorong K05, Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Bas yang terlibat dalam kejadian berkenaan dilapor membawa pesakit COVID-19, menurut laporan Astro Awani.
Laporan tersebut dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi satu ciapan di Twitter sebentar tadi.
Bas berkenaan dilaporkan terbabas sebelum melanggar pondok tol lorong K05 Plaza Tol UPM.
Memetik laporan Astro Awani lagi, bas tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Bagaimanapun difahamkan, tiada sebarang kehilangan nyawa serta kecederaan serius dilaporkan.
Sementara itu, video rakaman kejadian turut dimuat naik dan dikongsikan oleh laman Info Roadblock JPJ/Polis.
Berita penuh menyusul.
27Feb2021/SelangorVideo 1⃣ (Rakaman CCTV di Plaza Tol)1500hrs – Makluman awal kemalangan melibatkan sebuah bas terbabas dan melanggar pondok tol lorong K05 Plaza Tol UPM menghala MAEPS Serdang..#inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, February 26, 2021
27Feb2021/SelangorVideo 2⃣ (footage dilokasi)1500hrs – Makluman awal kemalangan melibatkan sebuah bas terbabas dan melanggar pondok tol lorong K05 Plaza Tol UPM menghala MAEPS Serdang..#inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, February 26, 2021
Berita penuh menyusul.
2.44pm PLUS@E2 : Kemalangan melibatkan sebuah bas terbabas dan melanggar pondok tol lorong K05 Plaza Tol UPM. Trafik terkawal. hati-hati memandu.
— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) February 27, 2021
Sumber: Twitter LLM / Info Roadblock JPJ/Polis / Awani
The post (Video) Bas Bawa Pesakit COVID-19 Dilapor Terbabas Rempuh Pondok Tol UPM appeared first on Siakap Keli.
No comments: