Ads Top

Lelaki Dilapor Pura-Pura Diculik Kerana Malas Pergi Kerja

Seorang lelaki dilaporkan telah memalsukan penculikannya sendiri kerana tidak mahu untuk pergi bekerja.

Menurut Global News, lelaki itu mengikat dan ‘membuang’ dirinya sendiri di tepi jalan.

Lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah melaporkan maklumat palsu kepada pihak berkuasa.

Melalui keterangannya pada pihak polis tempatan, dia mengikat tangannya dengan tali pinggang sendiri, memasukkan bandana di mulutnya dan melemparkan dirinya ke tepi jalan untuk memalsukan penculikan itu pada 10 Februari lalu.

Lelaki itu juga mereka cerita mengenai bapanya yang kaya, sejumlah wang tunai yang tertanam di padang pasir dan dua penculik bertopeng.

“Dia memberitahu kami bahawa dia dipukul di kepala dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta di depan rumahnya,” pegawai polis dari Jabatan Polis Coolidge.

Polis mengatakan lelaki itu juga membuat rantaian pesanan teks untuk menyokong kisahnya.

Dia akhirnya mengaku melakukan semuanya ketika polis menyiasat mengenai kejadian itu.

“Setelah kami menunjukkan kepadanya semua maklumat, dia mengakui bahawa dia mengarang cerita kerana tidak mahu pergi bekerja,” kata pegawai polis.

Lelaki itu dilaporkan telah dipecat dari pekerjaannya setelah penipuannya diketahui.

Sumber: Global News

The post Lelaki Dilapor Pura-Pura Diculik Kerana Malas Pergi Kerja appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.