Setelah 10 Tahun, Saharul Ridzwan Hasilkan Produk Sendiri, Wangian Aromatic Ode Scents
Setelah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 10 tahun, pelakon Saharul Ridzwan kini tampil dengan produknya sendiri iaitu wangian aromatik jenama Ode Scents.
Saharul berkata, selama ini dia lebih banyak menjadi duta kepada beberapa produk dan baru kali ini dia mengeluarkan produk sendiri iaitu wangian aromatic yang sesuai untuk kediaman dan kereta.
“Apabila pandemik Covid-19 berlaku, tawaran lakonan pun kurang dan saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan dan memikirkan apa yang paling sesuai.
“Sebelum ini, saya juga pernah menjalankan beberapa perniagaan seperti serunding dan tidak berjaya. Jadi, kali ini saya perlu betul-betul memikirkakn perniagaan yang sesuai agar tidak gagal lagi,” jelasnya.
Menurut Saharul, idea untuk memulakan perniagaan wangian itu bermula ketika bertemu dengan seorang individu yang juga kini menjadi rakan kongsinya iaitu Nadzir Samsuddin.
Ujarnya, Nadzir telah mengajak untuk menjalankan perniagaan berkenaan dan dia yakin kerana rakan kongsinya itu sememangnya mempunyai pengalaman dalam perniagaan produk wangian.
“Saya akui tidak pandai berniaga, tetapi rakan kongsi saya itu tetap memberikan keyakinan kepada untuk menjalankan perniagaan ini.
“Jelasnya, apa yang lebih penting untuk memulakan perniagaan itu perlu mempunyai pasukan pemasaran yang kuat dalam memasarkan daÅ„ mempromosikan produk,” ujarnya yang turut mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 bersama rakan kongsinya itu sebagai kos permulaan.
Produk wangian Ode Scents dikeluarkan oleh syarikat Pack Houz Sdn. Bhd. dengan lima jenis wangian serta dijual dengan harga RM15 sebotol.
*Jenis-jenis wangian Ode Scents
- Island Escape
Wangian Island Escape dihasilkan daripada asas gourmand dengan Kombinasi bau citrus, floral & fruity yang memberikan suasana riang yg mendamaikan
2. Perfect Peony
Wangian Perfect Peony dihasilkan daripada asas woody dengan Kombinasi bau peony, orange & ozone yang membangkitkan mood selesa
3. English Fresia
Wangian English Fresia dihasilkan daripada asas musky & ambery dengan Kombinasi bau pear, orange bergamot & lemon yang membangkitkan susana indah & mewah
4. Summer Dream
Wangian Summer Dream dihasilkan daripada asas tropical, citrus & woody dengan Kombinasi bau bergamot, lemon & cassis yang membangkitkan semangat
5. Wild Fig
Wangian Wild Fig dihasilkan daripada asas Berry manis & heavy musky dengan kombinasi cranberry, apple & fig yang memberikan ketenangan jiwa.
The post Setelah 10 Tahun, Saharul Ridzwan Hasilkan Produk Sendiri, Wangian Aromatic Ode Scents appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: