Ads Top

Video Lirik Lagu Kendati Nyanyian Amylea Azizan Jadi Trending Selama Tiga Minggu Di YouTube

Setelah dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu, lagu Kendati yang merupakan nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan semaki meniti dibibir dan menjadi siulan pendengar.

Apa yang menarik, video lirik lagu yang menjadi runut bunyi (OST) drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini berada di kedudukan carta trending YouTube selama lebih tiga minggu serta berjaya mencecah sejuta tontonan dalam tempoh tiga minggu.

Selain itu, lagu Kendati versi Piano Unplugged yang ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 15 Februari lalu turut berada di carta trending.

Bukan dua, tapi tiga versi lagu Kendati berjaya mencuri perhatian termasuk yang terbaharu Kendati versi lelaki gitar akustik yang dinyanyikan oleh Rian Shain yang kini berada di kedudukan 35 carta trending YouTube sejak dimuat naik pada 19 Februari lalu.

Amylea berkata, kesemua versi yang trending itu membuatkan dirinya hilang kata-kata serta tidak menyangka terhadap sambutan yang diterima oleh pendengar.

“Video lirik lagu ini selepas dua hari dilancarkan di saluran YouTube trending sampai tiga mingggu berturut-tutut walaupun kedudukan turun naik. Paling tinggi nombor sembilan dan ia satu pencapaian membanggakan buat saya. Mungkin orang lain sudah biasa, tapi bagi saya ia luar biasa.

“Apatah lagi, versi piano unplugged juga trending. Saya berasa lagi luar biasa sebab kebiasaannya versi ini seperti ‘cover version’. Jadi, tidaklah orang terlalu nak menonton video seperti ini. Untuk trending dalam masa sama, ia sangat magik. Saya berasa ini satu perkara yang Allah bagi cukup besar nikmatnya. Memang bersyukur sangat. Ini di luar jangkaan saya.

“Saya terdiam dan terduduk apabila lancarkan pula versi lelaki. Ketiga-tiga versi trending pada masa sama. Saya berasa kaku dan tak terkata. Ramai mesej sampai tidak tahu nak balas yang mana dulu. Malah, berasa seperti kena serangan panik pun ada sebab kaki dan tangan tiba-tiba rasa kebas. Rasa sangat tak percaya dan di luar jangkaan,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi dan komposer itu juga mengakui bangga dan gembira apabila lagu Kendati itu semakin diterima baik.

“Saya berasa lagu ini bukan seperti ‘cup of tea’ Malaysia atau cita rasa peminat Malaysia. Tak pernah pun saya menjangkakan sambutan begini. Selalunya orang tak berapa minat lagu sebegini. Jadi, saya bangga dan gembira peminat muzik Malaysia sudah mula beri peluang dan buka mata lagu berentak balada seperti ini. 

“Mereka sudah ‘masuk’ dan menjiwai muzik yang berbeza sikit walaupun dalam kategori balada. Sekali gus memberi lebih banyak warna dalam industri muzik tanah air dan memberi semangat.

“Bagi yang selalu menghasilkan lagu genre balada, ini juga memberi suntikan semangat untuk mereka mencuba bunyi balada yang lain sebab peminat kita sudah merima kepelbagaian muzik dalam sesebuah genre itu,” katanya.

Perkembangan lain, Amylea berkata dia kini dalam proses menghasilkan beberapa lagu penyanyi lain.

“Saya sekarang sibuk menyiapkan lagu untuk penyanyi lain pula. Jadi kena fokus dulu. Sejujurnya, saya teruja dengan semua lagu yang bakal dilancarkan nanti. Insya Allah, awal Mac ini sudah boleh dikongsikan beberapa lagu itu.

“Kalau yang terdekat lagu Kita Sama nyanyian Fatin Faishal. Secara peribadi saya jatuh cinta ‘gila-gila’ dengan lagu ini. Saya letakkan 100 peratus usaha dalam lagu ini. Sebab akhirnya dapat tunjukkan sisi berbeza saya sebagai komposer yang orang tak pernah tahu,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Video Lirik Lagu Kendati Nyanyian Amylea Azizan Jadi Trending Selama Tiga Minggu Di YouTube appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.