Gara-gara Kaitkan BTS Dengan COVID-19, DJ Radio Di Jerman Terpaksa Mohon Maaf Selepas Diserang ‘ARMY’
Sebuah stesen radio Jerman telah mengeluarkan permohonan maaf setelah seorang penyampai membandingkan BTS dengan virus COVID-19.
Menurut Metro.co, Stesen Bavaria Bayern 3 telah menerima pelbagai kritikan setelah Matthias Matuschik mengatakan bahawa BTS sebagai ‘virus buruk’.
Ia adalah reaksi selepas kumpulan yang terdiri dari RM, Suga, Jin, Jungkook, J-Hope, V dan Jimin tampil dengan lagu cover dari Coldplay yang bertajuk ‘Fix You’ di MTV Unplugged.
Matuschik menggambarkan BTS sebagai virus yang memerlukan vaksin.
Berang dengan tuduhan yang dianggap perkauman itu, peminat BTS yang dikenali sebagai ARMY telah mengecam Matuschik di media sosial.
Menerusi permohonan maafnya, Matuschik mengatakan bahawa dia tiada niat untuk menghina BTS, apatah lagi masyarakat Asia.
“Itu bukan niat saya tetapi saya juga sedar bagaimana kata-kata itu telah ditafsirkan, saya tidak bermaksud sebegitu,” katanya.
Stesen radio Bayern 3 pula mempertahankan penyampai mereka dan mengatakan bahawa Matuschik hanya meluahkan pendapatnya.
“Ia merupakan karakter untuk rancangan radio ini dan penyampai juga menyampaikan pendapat dengan jelas dan terbuka,” kata kenyataan stesen radio itu.
Namun, mereka juga mengeluarkan kenyataan kali kedua yang memohon maaf di atas sekali bentuk kenyataan yang dibuat oleh Matuschik semasa dia menjalankan tugasnya.
Sumber: Metro.co
The post Gara-gara Kaitkan BTS Dengan COVID-19, DJ Radio Di Jerman Terpaksa Mohon Maaf Selepas Diserang ‘ARMY’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: