“Selamat Tinggal Atan” – Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia
Industri hiburan kehilangan seorang insan seni yang sangat dikagumi apabila Datuk Jamali Shadat disahkan meninggal dunia hari ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh cucunya, Isyraq Ariff menerusi laman Facebook miliknya.
“Selamat tinggal Atan… Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Datuk Jamali Shadat,” tulisnya.

Sebelum ini, pada 23 Januari lalu tersebar berita mengenai pelakon berkenaan yang menghembuskan nafas terakhir, namun ia telah dinafikan oleh anaknya, Fauzi Jamali.
Arwah sebelum ini cukup dikenali sebagai komedi dan begitu sinonim dengan watak bernama Atan.
Malah, setiap persembahan komedinya juga turut menyelitkan bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan Jawa untuk memikat hati penonton. – KopiPlanet.com
The post “Selamat Tinggal Atan” – Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: