Ads Top

Solat Jumaat Di Kawasan PKP Dibenar Dengan 30 Jemaah, Solat Fardu 5 Jemaah – JAWI

Berikutan dengan Perintah kawalah Pergerakan yang telah dilaksanakan bermula hari ini, Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan bahawa kebenaran menunaikan solat Jumaat dibenar dengan had jemaah seramai 30 orang sahaja.

Manakala, untuk solat fardu secara berjemaah pula, hanya lima orang sahaja yang dibenar. Ia terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid sahaja.

Untuk aktiviti keagamaan dan pengimarahan masjid yang lain, ia adalah ditangguhkan.

Perkara ini melibatkan semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

The post Solat Jumaat Di Kawasan PKP Dibenar Dengan 30 Jemaah, Solat Fardu 5 Jemaah - JAWI first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.