Ads Top

Didakwa Cetus Keganasan, Giliran Youtube Gantung Saluran Presiden Trump

WASHINGTON, 13 Jan (Bernama) — YouTube menggantung saluran Presiden Donald Trump  sekurang-kurangnya seminggu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik CNN.

Perkhidmatan perkongsian video dalam talian AS itu memberitahu CNN Business bahawa video di saluran Trump baru-baru ini didakwa mencetuskan keganasan.

YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam seminggu.

Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal.

— BERNAMA

The post Didakwa Cetus Keganasan, Giliran Youtube Gantung Saluran Presiden Trump appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.