Azad Jazmin Dedah Punca Tidak Sertai Program Pertandingan Lawak
Sebelum ini, pelakon Azad Jazmin menyatakan dia pernah disaran untuk menyertai program pertandingan lawak seperti Raja Lawak atau Maharaja Lawak Mega.
Bagaimanapun, pelakon itu kini telah mendedahkan tentang punca utama dia tidak memenuhi saranan tersebut iaitu setelah kehilangan adiknya, Allahyarham Nizar Jeffri.
“Assalamualaikum semua, setiap kali saya tengok video ni saya akan sangat happy dan dalam masa yang sama saya akan tersangat sayu dan sedih.. Kenapa Pak Azad tak masuk Raja Lawak atau Maharajalawak Mega? Soalan yang selalu diajukan pada saya.
“Bukan saya tak nak masuk, sebab partner saya takdak, partner saya dah arwah, saya pernah plan dengan arwah adik saya nak masuk Raja Lawak tapi setelah arwah adik pergi meninggalkan saya makanya terkubur niat saya bersamanya,” ujarnya. menerusi perkongsian sebuah video di Instagram.
Adiknya, arwah Nizar yang juga seorang pelakon meninggal dunia pada tahun 2011 akibat mengidap penyakit paru-paru berair.
Pada masa sama, Azad yang juga suami kepada pelakon Eira Syazira itu turut meluahkan rasa rindu kepada arwah adiknya itu.
“Al fatihah to my arwah adik Nizar jeffri A.K.A Boboy (kongsi) abang miss you brah… Anak Antoo Penang Boboy the lagend!,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Azad Jazmin Dedah Punca Tidak Sertai Program Pertandingan Lawak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: