SukaSucre Bistro Cheras Tutup, Bakal Beroperasi Di Tempat Baharu
Artis dan selebriti cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob mengumumkan restoran SukaSucre Bistro miliknya yang terletak di Cheras akhirnya tutup setelah tujuh tahun beroperasi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fazley memberitahu operasi restorannya itu akan ditutup buat sementara waktu, sementara menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu.
“Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya, yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang chef. Dengan restu dan izin arwah Bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan @sukasucrebistro.
“7 tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan kami terima dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu,” jelasnya.
Ujar Fazley, dia berterima kasih kepada semua yang pernah menjadi pelanggan di restorannya itu serta meluahkan penghargaan kepada mereka yang pernah berkhidmat di restorannya itu.
>Baca: Single Baharu Yang Ini Yang Itu Sindir Individu Berperangai Lalang
“Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, management, ataupun helpers/cleaners. Jasa mu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini.
“Terima kasih kepada mentor-mentor saya @_chefwan58 & @chefjoe82, dan mentor-mentor dari @mylecordonbleu & @lecordonbleuparis atas tunjuk ajar dan panduan selama ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fazley turut mengumumkan minggu depan restoran Minang Tapau miliknya akan mula beroperasi semula di Bukit Damansara.
“SukaSucreBistro akan dibuka juga tidak lama lagi di lokasi yang belum diumumkan lagi. Terima kasih semua. Salam sayang buat semua,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post SukaSucre Bistro Cheras Tutup, Bakal Beroperasi Di Tempat Baharu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: