Ayah Adik Mayah ‘Makanan Pun Beli Sendighi Nah’ Meninggal Dunia Jumaat Lepas
“Makanan pun beli sendighi naa..”
Anda pasti sangat familiar dengan kanak-kanak ni kan?
Adik Mayah yang terkenal dengan gaya percakapan loghat Utara yang pekat itu pernah mencuri tumpuan kita semua satu masa dulu.
Apatah lagi gaya bibir yang mencebik seperti di bawah ini sungguh kelakar, bagaikan gaya orang dewasa hingga menjadi ‘meme’ di media sosial.
Namun semalam, senyuman manis si cilik ini terhenti seketika apabila ayahnya dilaporkan telah pergi buat selama-lamanya.
Menurut hantaran terkini di Instagram, beberapa keping gambar yang menunjukkan reaksi sedih di wajahnya ketika berada di samping jenazah ayahnya dimuat naik.
“Tolong doakan ayah kami..ayah kami sedang sakit..”
Sebelum itu, adik Mayah turut memuat naik satu rakaman video yang menerangkan bahawa ayahnya ketika itu sedang sakit.
Si comel ini memohon doa daripada netizan dan pengikutnya agar ayahnya kembali sembuh seperti sediakala.
Video tersebut boleh ditonton dalam hantaran di bawah ini.
Semoga adik Mayah dan sekeluarga diberi ketabahan atas pemergian arwah ayah.
Semoga roh arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Sumber: mayah_ciwi
The post Ayah Adik Mayah ‘Makanan Pun Beli Sendighi Nah’ Meninggal Dunia Jumaat Lepas appeared first on Siakap Keli.
No comments: