(Video) Gelagat Kucing Seakan Cuba ‘Sembunyikan’ Gambar ‘Crush’ Dalam Kotak Tarik Perhatian Ramai

Tidak perlu diperkatakan lagi, kucing sememangnya sentiasa menjadi perhatian ramai kerana keletah dan gelagat mereka yang sudah semestinya sangat comel.
Hampir setiap hari, ada saja pelbagai video dan gambar lucu berkaitan dengan haiwan tersebut di laman media sosial.
Terbaru, satu video berkaitan kucing telah tular di laman sosial dengan 19.9 ribu ulang kicau dan 15.2 ribu tanda suka.
Video tersebut menyaksikan seekor kucing yang marah apabila pemiliknya cuba untuk mendekati kotak dan melihat apa yang ada di dalamnya.
Rupanya kucing itu kelihatan seperti cuba ‘menyembunyikan’ sekeping gambar seekor kucing lain yang terdapat di bawah lipatan kotak.
patutlah tak bagi tengok , ada sorok gambar crush rupanya 🤣 pic.twitter.com/mPucnhslM6
— 𝒓𝒖𝒆𝒍 (@Amxrull) May 11, 2020
Keletah kucing tersebut telah menghiburkan warga net.
Sumber: Amxrull
The post (Video) Gelagat Kucing Seakan Cuba ‘Sembunyikan’ Gambar ‘Crush’ Dalam Kotak Tarik Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: