Ads Top

Melatah Ketika Solat – Apa Status Solat Tersebut

Penyakit latah atau nama saintifiknya hyperstartle syndrome adalah kejadian normal yang sering dialami dalam masyarakat kita.

Penyakit latah ialah penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu tidak sedar apa yang dilakukannya dan akan mengeluarkan perkataan yang tidak disengajakan kerana terperanjat dengan situasi tersebut.

Aksi pelatah dapat diklasifikasikan kepada empat, iaitu mengulangi perkataan orang lain (Echolalia), meniru pergerakan orang lain (Echopraxia), mengucapkan kata-kata tertentu berulang-ulang sama ada yang berunsur negatif atau tidak (Coprolalia) dan bertindak secara spontan akibat terkejut dengan melakukan apa sahaja yang disuruh (Automatic Obedience).

Kebiasaannya, orang-orang yang melatah ini menjadi bahan gurauan oleh kawan-kawan mereka yang lain dengan membuat mereka terperanjat dan selalunya latah yang dikeluarkan mereka akan menjadi bahan ketawa.

Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh bunyi yang berlaku secara tiba-tiba yang akan mengakibatkan seseorang itu terkejut.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan mengenai situasi latah yang berlaku ketika seseorang itu sedang solat. Bagaimana dengan status solat mereka?

Status Solat Orang Yang Melatah

Antara syarat sah solat ialah seseorang itu perlu diam dari berkata-kata perkara yang tidak sepatutnya. Dikhususkan ke atas muslim yang mengerjakan solat membaca zikir dan surah yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa dalil yang menyebut mengenai isu ini dan salah satunya ialah kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bercakap dengan sahabat lain ketika solat. Rentetan daripada itu, Baginda SAW menegur perbuatan tersebut.

كُنَّا نَتَكَلَّمُ فِي الصَّلاَةِ يُكَلِّمُ أَحَدُنَا أَخَاهُ فِي حَاجَتِهِ حَتَّى نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ ‏{‏حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ‏}‏ فَأُمِرْنَا بِالسُّكُوتِ‏

Maksud: “Kami pernah bercakap ketika solat, seorang daripada kami bercakap dengan saudaranya di atas keperluan (tertentu), sehinggalah turun ayat (di atas) maka kami pun diperintahkan untuk diam (berhenti daripada berakap-cakap ketika di dalam solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 4534)

Disebabkan itu, jumhur ulama bersepakat bahawa perbuatan bercakap-cakap di dalam solat selain daripada bacaan yang dikhususkan adalah membatalkan solat.

Walau bagaimanapun, melihat kepada situasi mereka yang erkata-kata di dalam solat disebabkan penyakit latah (secara tidak sengaja), maka ia adalah kesalahan yang dimaafkan oleh syarak.

Namun, menurut mazhab Syafi’e, latah tersebut tidak boleh berlaku secara banyak kali kerana ia boleh mengakibatkan batalnya solat. Ini ada disebut melalui kitab Mausua’h al-Fiqhiyah (27/117-118). Perkataan yang disebut itu tidak boleh dilakukan secara berlebih-lebihan.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
New PubMed
Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.