Ads Top

Wanita Ini Ditinggalkan Hanya Kerana Memiliki Kereta Kancil Namun Dia Telah Buat Bekas Kekasihnya Menyesal Seumur Hidup

Kehangatan Materialistik” merupakan satu sifat yang kian meresap dalam diri kita di era millennium ini. Ianya kian bergelora ketika diri meningkat dewasa. Materialistik dari sudut bahasa membawa maksud sifat yang mementingkan kebendaan. Ada yang sanggup berbuat apa saja bagi memuaskan nafsu dan keinginan kebendaan ini.

Kita dapat lihat terutamanya ketika menuntut di mana-mana sahaja IPTA, IPTS dan sebagainya, mereka yang tergolong dalam kategori ini akan sentiasa dilihat mewah sedangkan pada hakikatnya tidak. Mereka ini juga sanggup lakukan apa sahaja untuk memenuhi keinginan mereka itu walaupun terpaksa menggadaikan maruah diri.

Secara umumnya, semua manusia di muka bumi ini dipengaruhi dengan sifat “Materialistik” masing-masing. Ada yang Berjaya mengawal diri dan ada juga yang tewas dengan desakan nafsu. Tapi percayalah menjadi lumrah bagi setiap manusia ini terhadap sifat kematerialistikan itu. Cuma atas kebijaksanaan masing-masing mengawalnya.

Ikuti kisah benar ini yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

Benda paling lawak yang pernah berlaku dalam hidup aku ialah aku ditinggalkan oleh seorang lelaki disebabkan dia dapat tahu aku pakai kereta kancil. Padahal masa tu aku tak kerja lagi.

Kereta kancil nombor plate DAL 85** tu pun aku tibai kereta mak aku la. Kereta kancil pun still kena isi minyak still kena bayar roadtax!

Dasar lelaki mata duitan. Nak perempuan drive myvi dan jazz je. Kancil mana layan. Sumpah demi Allah aku bengang plus kecewa gila nak mati masa tu.

Senang-senang je dia tinggalkan aku bila tahu aku pakai kereta kancil. Hina dan jijik sangat bagi dia perempuan naik kancil kot.

Tu dia tinggalkan aku lepastu kantoiiiiii dalam instagram dah bercinta dengan perempuan naik myvi. Kau rasa? Masa tu aku rasa nak lempang-lempang je muka dia tapi aku ingat mak aku selalu pesan tak baik dera binatang. Ok lah aku move on šŸ˜’

Moral of the story yang aku nak bagitahu zaman sekarang bukan perempuan je kaki kikis dan mata duitan. Lelaki pun ada je yang pilih perempuan sebab harta.

Hari ni aku dah buktikan perempuan yang dia pandang sebelah mata ni sebab naik kereta kancil pun boleh ubah hidup as long as dia berusaha untuk upgrade life dia.

Kau jangan ingat orang susah ni selamanya susah. Jangan pandai-pandai menilai masa depan orang berdasarkan siapa dia hari ini.Untuk Muhd Firdaus terima kasih kerana sudi terima saya seadanya.

Masa kita kenal dulu saya masih memandu kereta kancil DAL 85**. Nasib baik awak tak pandang harta dan rupa. Love you lašŸ˜

Pengajaran

Jangan pernah pandang rendah pada orang lain seolah-olah mereka tidak boleh berubah. Sekiranya bercinta, terimalah seadanya. Jangan hanya memandang materialistik semata-mata. Lihat, mesti bekas kekasih wanita ini berputih mata dan menyesal seumur hidup.




No comments:

Powered by Blogger.