Ads Top

Lelaki Ini Jawab Persoal Bumi Rata Dan Ini Respon Balas Suhaimi Saad

Sedang kec0h tentang pendapat dari Suhaimi Saad yang mencabar angkasawan negara tentang fakta bumi itu sfera.

Ada seorang netizen telah menulis komen pada salah satu status Suhaimi Saad mempersoalkan dan meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia.

Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

APA RESPON SUHAIMI SAAD?

Akan tetapi kata lelaki bernama Mazfahmi itu, Suhaimi Saad telah memberi respon dengan memblock akaunnya. Itulah respon balas dari bekas ahli kumpulan InTeam ini.

Ini komen berkenaan:

“Aku komen cmni ja kat Suhaimi Saad @mosus . Terus kena block. Hmmmm. Hampa usha la fb dia ni utk lebih lanjut.”

INI JAWAPAN SUHAIMI SAAD: tentang flat earth

Ini respon terbaru dari Suhaimi Saad di laman FB miliknya yang menggunakan nama MOSUS:

“KALAU BUMI NI RATA,Mana hujungnya?”

Allah itu maha berkuasa.Dia tidak ada awal mahu pun akhirnya.Allah bisa buat apa saja.Bukan perkara yang susah KALAU Allah mahu buat bumi tanpa hujungnya.Lihat saja langit sebagai bumbung bumi,
Mana hujungnya,mana tiangnya?Mengatakan bumi itu hamparan tidak salah.Kerana itu telah disebut oleh Allah sendiri dalam banyak ayat.

Yang salah adalah,mengatakan apa yang tidak Allah dan rasulNya katakan.Atau mengikut dan mempercayai kata kata dan cara hidup orang yang ingkar terhadap Allah.

Biarkan aku dengan kajian dan kefahamanku.Aku tidak paksa kalian percaya. Dan aku tidak pernah pun mengundang kalian menulis di sini

Itulah komen dari Suhaimi Saad.

INI PULA KOMEN KEDUANYA: Tentang block / delete komen

Suhaimi Saad juga ada mengatakan tentang haters yang digelarnya sebagaui lembu yang bertopengkan manusia.

KALAU RASA NAK BELAJAR,

Tahan la mata dan telinga tu.Sabar..Jari tu jangan laju sangat

Kalau ss dah block dan delete,rugi la sikit.Sebab terpaksa join haters. Terpaksa buat akaun palsu.

Hari ni ss simpulkan,H@ters (pemb3nci) ni sebenarnya para mvnafiq dan lembu lembu yang bertopengkan manusia.Mereka adalah orang orang yang b0doh kerana membenci sesama muslim.

Muslim itu diajar berkasih sayang dan berlapang dada.Yang membenci muslim hanyalah musuh islam.

Demi Allah,ss percaya bahawa tindakan block dan delete mereka adalah amalan yang diberi pahala.In sya Allah

Sumber: FB MOSUS

Terdahulu… MIN RASA LA KAN DR SYEIKH MUZAPHAR KETAWA JELA TENGOK GELAGAT MENGUJI MINDA BANG SHU NI.

Masih tidak habis-habis lagi mengundang kontroversi, sebelum ini penyanyi nasyid Suhaimi Saad di dalam akaun Facebook miliknya ada membuat kenyataan mengenai saiz bulan dan matahari.

Menurut hasil kajiannya yang tersendiri mendakwa bahawa saiz matahari dan bulan adalah hampir sama, kenyataannya itu bagaimanapun menerima kecaman yang teruk daripada orang ramai.

Aje giler nak ajak Syeikh Muzaphar angkat sumpah!

Lebih parah lagi, terbaru suami kepada Ina Naim yang mahu mempertahankan pendapatnya telah mencabar angkasawan negara, Dr Syeikh Muzaphar Shukor untuk angkat sumpah mengatakan bahawa bumi berbentuk sfera.

Malah jika usahawan itu sanggup untuk bersumpah, penyanyi itu rela memberhentikan kajian dan membantu untuk membetulkan semula pandangan kelompok yang mempercayai bumi rata atau ‘Flat earth’.

Umum sedia maklum, Dr Syeikh Muzaphar telah membanggakan Malaysia setelah menjadi salah seorang angkasawan dari Malaysia terpilih untuk menjalankan satu misi ke angkasa lepas pada tahun 2007.

Tindakan blok haters dapat pahala sebab haters macam lembu

Malah menurutnya, dia tidak teragak untuk menyekat komen daripada netizen yang boleh mengancam kredibilitinya, sehinggakan sanggup menghina golongan yang dianggap haters dengan menyamakan dengan lembu dan menyifatkan mereka sebagai munapik.

Antara komen2..

Hahahaha harap hospital ulu kinta dapat rawat dia ni.. risau nanti dia bongkarkan dalam laut ada bandar bikini bottom

Lu sape ha? Nk suruh org bersumpah bgaiNtah2 Dr Sheikh Muzzafar mlas nk lyan engkau ni, bnyk lagi kerja lain la dia kna buat..

Kalau bumi rata..takkan kita tak boleh nampak amerika atau jepun bila kite nail tingkat atas kat KLCC..nape nampak melengkung jer..penang pun tak nampak arr kalau bumi ni rata..

Seorang ulama terkemuka daripada Andalusia, Ibnu Hazm(994M-1064M) telah menangkis teori cendikiawan Yunani bahawa bumi berbentuk rata dan mendatar. Idea logik Yunani tersebut telah ditangkis sepenuhnya Ibnu Hazm dengan hanya menggunakan hujah daripada surah Az-Zumar ayat 5 yang bermaksud,

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

Ibnu Hazm mendakwa bumi adalah berbentuk bulat dan sfera berdasarkan firman Allah swt yang mengatakan bumi dan matahari bergantian untuk memberikan malam dan siang. Tegasnya lagi, mana mungkin pengantian malam dan siang boleh terjadi jika bumi bersifat mendatar dan rata. Atas dasar logik sekalipun ia mustahil berlaku.

Flat earth. Anti vaksin. Padahal kau yg ikut budaya barat teori barat ss oii. Patut la ss, syok sendiri.

Die ni tak sihat, dah melancong ke tempat lain… Parah benor, ajak die pi angkasa pastu tinggalkan die kat bulan… Org mcm ni membebankan bumi je… Biar org planet marikh ke jupiter amek…

Terdahulu Kenyataan Suhaimi Saad mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama mendapat reaksi negatif netzen yang menyelar status dimuatnaik suami Ina Naim itu.

Terbaru, dia membuat cabaran kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Cabarr Dr Sheikh Muszaphar bersummpah.

Suhaimi secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.

Yang tak tahu elok diam aja.

Suhaimi yang menggunakan Mosus di Facebook itu juga turut meminta bukti jika benar bumi ini sfera. Dia juga meminta netizen untuk menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk.

Netzen komen minta pendapat kena bl0ck.

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Bulat Sfera. Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Bulat Sfera.

Dalam pada itu seorang netizen telah meninggalkan komen pada salah satu status Suhaimi meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia. Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

Antara komen ntzen.

Mohd Fakhrul Radhi – Ko tafsirkan AlQuran ikut imaginasi sendiri tanpa bersandarkan pada ilmuan-ilmuan yg arif dalam bidang ini.Di ciptakan Malaikat dari Cahaya. Satu sayap malaikat mampu utk menutup keseluruhan muka bumi ni, sedangkan satu malaikat mempunyai ribuan sayap. Macamana ko nak imagin malaikat boleh turun ke bumi? Bagaimana Jibril bertandang ke bumi berjumpa Muhammad s.a.w?Jgn tafsir ikut akal…. sebab ilmu manusia tak cukup kalau nk dibandingkan dgn ilmu Allah.Belajarlah, jangan sombong.

Shahafizal Aad Zamri – Negara mana yg duk tepi skali?kena pasang tembok tinggi la takut budak2 main basikal lajak terlajak ke tebing jatuh kat planet pluto plak .

Ayu Amran – Sepatutnya cerita tentang SS tu x perlu dipaparkan di mana2 media massa.Pemikiran peribadinya yg salah dikhuatiri boleh menjadi ajaran sesat.

Husniyah zakaria – Kalau benarlah dakwaan bumi ini rata, sepatutnya saiz bayang kita seharusnya sama dan takkan berubah. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Kalau kita ukur saiz bayang-bayang dari tempat berbeza di bumi, kita akan dapati saiz bayang tersebut berbeza. Dan ini dilakukan seorang cendekiawan Yunani bernama Eratosthenes. Beliau melakukan satu eksperimen dengan meletakkan dua tiang di dua bandar berbeza di Mesir. Hasil dari eksperimen tersebut, Eratosthenes melihat saiz bayang-bayang berbeza mengikut lokasi, sekaligus mengukuhkan kenyataan bahawa bumi ini sfera. Dan dari eksperimen ini juga menjadi asas kepada penciptaan jam matahari.

Eddie – Negara Mana dapat Corner Lot? untung la ada tanah lebih.

Effa – Sebab tu ustaz don pernah ckp kji sains berserta alquraan… Bru seiring x pening harap ss ni jumpa ustaz don dn ilmuan islam… Yg lain pakar dlm bab ni insyaallah.

Nurfadilah Dila – Dia ni nakkan perhatian. Nak bawangkan kes dia pun tak lalu akak rasa. Kes terpencil je. Akak anggap jela skru kat kepala dia longgar je. Sebab tu kadang2 tak bepijak di bumi yang nyata.

sumber layansudah




No comments:

Powered by Blogger.