Ads Top

(Video) Comel Sangat Bila Kanak-Kanak Setahun Ini Cuba Guna Bahasa Isyarat Dengan Ayahnya Yang Pekak

Kanak-kanak kadang-kala boleh menjadi terlalu lucu dan pada masa yang sama sangat comel, terutamanya dengan sikap ‘innocent’ mereka.

Ini dibuktikan dengan perkongsian video yang dimuat naik oleh portal berita SCMP penghujung bulan lepas di Youtube.

Melalui perkongsian video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun bernama Maria dilihat cuba berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan si ayahnya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran.

Walaupun tidak mahir menggunakan bahasa isyarat dan barangkali tidakpun memahaminya, keletah anak kecil ini cuba berbual dengan ayahnya amat mencuit hati.

Maria dipercayai cuba berkomunikasi dengan ayahnya mengenai roti bagaimanapun dia tidak dapat memberi ayat yang penuh dengan menggunakan bahasa isyarat. Selain ayahnya, ibu Maria juga merupakan seorang OKU.

Rata-rata netizen merasa sangat gembira melihat video tersebut termasuklah ada yang memuji kanak-kanak berkenaan baik hati seperti malaikat kerana cuba membuat ayahnya merasa gembira.

Selain itu ada juga yang tersentuh dengan reaksi ayah Maria yang dikatakan sangat gembira dan terharu dengan keinginan Maria berkomunikasi dengannya biarpun dia mempunyai masalah pendengaran.

Saksikan video di bawah, apa kata anda pula.

 

Sumber: SCMP




No comments:

Powered by Blogger.