Ads Top

Kamal Adli Ditanya Mengenai Gambar Mirip Emma Maembong

PELAKON Kamal Adli berharap agar netizen memberi ruang dan berhenti menghukum aktres Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Kamal yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu berkata, dia yakin Emma mungkin mempunyai alasannya tersendiri yang enggan dikongsikan kepada umum.

“Sejujurnya saya tak ada hak dan tak boleh cakap tentang perkara ini kerana dia tidak bersama saya lagi.

“Itu antara dia dengan Allah, bukan kerja kita nak kecam dia. Kita nampak dia senyum, tapi mungkin dia hadapi tekanan yang teruk,” kata Kamal kepada mStar Online.

Kamal, 33, ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) pada Selasa.

Selain itu pengacara program Gegar Lawak itu mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai beberapa gambar ‘panas’ yang dikatakan mirip Emma.

“Tak tahu, no comment. Saya tak ada hak,” katanya.

Gambar seksi atas katil… “Gigihkan korang edit!” – Emma Maembong

BELUM pun reda kontroversi melibatkan Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab baru-baru ini tersebar pula gambarnya di laman sosial memperlihatkan aktres itu terbaring di atas katil dengan pakaian seksi.

Enggan terus membiarkan orang ramai tersalah sangka dengan gambar tersebut, Emma berkata, foto itu jelas kerja suntingan pihak tidak bertanggungjawab dan hasilnya cukup ketara.

Kata Emma sekiranya benar itu adalah dirinya, dia akan mengakuinya namun gambar yang tersebar itu jelas menggunakan wajahnya yang dicantum dengan badan orang lain.

“Tiba-tiba ada pulak viral korang edit gambar saya… Benda senang sahaja, kalau salah saya, memang gambar saya, saya akan mengaku.

“Tapi kalau dah bukan, nampak ketara orang edit sampai tengkuk saya nampak ‘krem’, gigihkan korang edit gambar saya?,” katanya di Instastory.

Sebelum ini, Emma menjelaskan bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, ini turut mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima sebarang kecaman.

Beberapa hari sebelum mengumumkan keputusan itu, foto Emma bersama seorang lelaki, Syed Abdullah tersebar di laman sosial memperlihatkan dia tidak bertudung.

Bagaimanapun kata Emma, dia tidak mengambil pusing dengan perkara tersebut dan secara sinikal meminta pihak yang berniat jahat itu meneruskan perbuatannya.

SUMBER:MSTAROnline




No comments:

Powered by Blogger.