Ads Top

Kalau Aku Kaya!

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

“Bukanlah kekayaan itu pada banyaknya harta, tetapi kekayaan itu pada merasa cukup di dalam hati.” (HR alBukhari)

Dalam hadis di atas terdapat pengajaran dari Ibnu Baththol (w.449H), katanya:

يريد ليس حقيقة الغنى عن كثرة متاع الدنيا، لأن كثيرًا ممن وسع الله عليه فى المال يكون فقير النفس لا يقنع بما أعطى

“Yang dimaksud kaya (di dalam hadis ini) bukanlah dengan banyaknya kelengkapan harta dunia.

Ini kerana betapa ramai orang yang telah dianugerah oleh Allah dengan harta malah tetap merasa tidak cukup dengan apa yang telah diberi (kepadanya).

‎فهو يجتهد دائبًا فى الزيادة، ولا يبالى من أين يأتيه، فكأنه فقير من المال؛ لشدة شرهه وحرصه على الجمع

Diapun terus bersungguh menambah dan menambah, dalam keadaan tidak mengambil peduli dari manakah harta tersebut datang.

Seolah-olah dia orang yang fakir tidak memiliki harta (kerana tidak merasa cukup dengan apa yang ada). Sikapnya demikian kerana niat buruk dan kerakusannya untuk terus mengumpulkan harta.

‎وإنما حقيقة الغنى غنى النفس، الذى استغنى صاحبه بالقليل وقنع به، ولم يحرص على الزيادة فيه

Padahal hakikat kaya adalah kaya hati, iaitu seseorang yang merasa cukup dengan yang sedikit yang Allah beri, dan dia tidak rakus untuk terus menambah.” (Syarh Sahih alBukhari)

Imam an-Nawawi (w.676H) – rahimahullah – berkata,

مَنْ كَانَ طَالِبًا لِلزِّيَادَةِ لَمْ يَسْتَغْنِ بِمَا مَعَهُ فَلَيْسَ لَهُ غِنًى

”Siapa yang terus mencari untuk menambah lalu tidak pernah merasa cukup di atas apa yang Allah beri, maka ia tidak disebut kaya hati.” – (Syarh Shahih Muslim, 7/140)

#BroSyariefShares
#NotaTerjemahanBroSyarief
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً




No comments:

Powered by Blogger.