Cat Farish Akui Berkawan Rapat Dengan Ibu Tunggal Anak Satu
Penyanyi Cat Farish atau nama lengkapnya, Farrish Zaquan Ramli, 45, mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang ibu tunggal anak satu yang hanya didedahkan sebagai A.
Menurut Cat, dia dan wanita berusia 30-an itu merupakan kenalan lamanya yang sudah dikenali sejak lima tahun lalu.
“Saya sebenarnya tak nak terlalu mendedahkan tentang perkara yang belum jadi. Belum masanya untuk berbicara lebih lanjut.
“Saya sekarang bukan fasa bercinta kemudian ‘declare’, itu dah berlalu buat saya.
“Sekarang ini saya dalam fasa kalau nak, terus jumpa ibu bapa bakal isteri dan berkahwin.
“Buat masa sekarang kami masih di awal bibit-bibit cinta dan saya memang tak nak dedahkan identitinya buat masa ini, tunggu dah kahwin nanti saya uar-uarkan kepada semua,” katanya kepada KopiPlanet.com
Cat ditemui pada majlis pelancaran kelab motosikal Spark Malaysian Club yang berlangsung di Cheras, semalam.
Setelah hampir dua tahun bercerai dengan bekas isteri, Hartiny Ramli, Cat mengakui dia terasa sunyi dalam menghadapi kehidupan seharian tanpa kehadiran sang isteri.
“Tipulah kalau cakap tak sunyi, selagi tak kahwin selagi itu saya rasa sunyi.
“Kalau boleh saya nak kahwin dalam tempoh terdekat. Mungkin saya akan kahwin dalam tahun ini atau tahun hadapan, doa-doakanlah,” ujar Cat lagi.
Cat mendirikan rumah tanga dengan Hartiny pada 2007 namun disahkan bercerai pada April 2016.
Hasil perkahwinan itu, Cat mempunyai tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 12, Eva Latheefa, 9, dan Qul Iskandar, 8, yang berada di bawah jagaan bekas isterinya. – KopiPlanet.com
The post Cat Farish Akui Berkawan Rapat Dengan Ibu Tunggal Anak Satu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: