Lelaki Memperlekehkan Peminta Sedekah Ini Di TikTok
Seorang lelaki melalui akaun TikTok miliknya yang menggunakan nama ‘Teh Tarik’ dilihat sedang duduk di bangku sebuah kedai dobi dan di belakangnya kelihatan seorang lelaki tua.
Dia, yang menggunakan nama Dany Albadillah di Facebook kemudian memanggil lelaki tua dan kurus yang sedang kelaparan itu sambil mengejeknya.
Pemuda itu menganggap lelaki tua itu mempunyai muslihat kerana mula-mula meminta wang dan kemudian meminta makanan.
Dia mempertikaikan apa sebenarnya yang dimahukan lelaki berkenaan.
“Saya pun belum makan lagi, saya pun lapar.
“Uncle mau berapa ringgit? Tadi satu ringgit, sekarang dua ringgit,” katanya sambil pura-pura menangis.
Sambil meniru apa yang dibuat lelaki tua itu di hadapan kamera untuk dilihat para pengikutnya, dia juga dilihat mengejeknya, menyebabkan lelaki tersebut bangun dan berlalu.
Selepas pengguna media sosial memuat naik klip tersebut ke laman Facebook ‘We Are Malaysian’ netizen mengecam tindakan pemuda itu dengan menggelarkannya kejam dan berharap dia mendapat pembalasan suatu hari nanti.
Susulan kecaman yang diterimanya, Dany membuat permohonan maaf melalui akaun Facebooknya, yang mana dia mengaku salah dan meminta maaf kepada lelaki berkenaan. -MSN
VIDEO PENUH
Rasulullah s.a.w. Dan pengemis yahudi buta
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu?”, tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu ?”. Abubakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
SUMBER:MSTAR Online & JAIPK Perak
No comments: