Boleh Ke Tunggu Iman Kuat Baru Nak Bertudung? Ini Jawapan ‘Padu’ Daripada Ustaz Azhar Idrus
Isu artis pakai dan tanggal kembali tudung bukanlah satu isu baru namun menjadi hangat semula gara-gara tindakan seorang selebriti popular tanah air baru-baru ini mengumumkan dirinya tidak lagi bertudung susulan penyebaran beberapa keping gambar kontroversi miliknya.
Mendapat perhatian netizen, ada yang mengecam dan ada juga yang mendoakan selebriti berkenaan kembali bertudung serta diberi kekuatan untuk kekal dengan penampilan berkenaan.
Namun begitu, pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini tampil menjawab persoalan yang diutarakan oleh netizen sama ada dibolehkan seseorang menjawab ”tunggu iman saya kuat, baru saya bertudung”.
Antara lain jawapan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya menjelaskan sesetengah selebriti ini mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan apabila berhijrah mengenakan tudung ataupun menutup aurat.
Selain itu, selebriti-selebriti ini juga mungkin menanggalkan tudung ataupun mengenakan pakaian tidak menutup aurat kerana tuntutan kerja seperti tampil dalam iklan produk.
Saksikan jawapan penuh Ustaz Azhar Idrus di bawah.
Sumber: Suara Media
No comments: