Ads Top

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-37, Zizan Razak Buat Ucapan Untuk Diri Sendiri… Harap Cepat Dapat Jodoh

Pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak hari ini telah menyambung ulang tahun kelahirannya yang ke-37.

Menerusi instagram miliknya, Zizan membuat ucapan khas untuk dirinya sendiri.

“Assalamualaikum. Ucapan HAPPY BIRTHDAY BUAT MU MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK. Semoga terus berjaya dan berjaya. Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum.

“Semoga Allah merahmati mu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur. Segala usaha mu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan. Amin amin amin,” tulisnya.

Sebelum ini, Zizan sudah beberapa kali dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa pelakon wanita.

Namun begitu, pelakon-pelakon wanita yang pernah dikaitkan dengannya itu kini sudah pun berumah tangga. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zizan Razak

The post Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-37, Zizan Razak Buat Ucapan Untuk Diri Sendiri… Harap Cepat Dapat Jodoh appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.