“Yen, Redhakanlah Mommy Nak Kahwin”, Bakal Pengantin ‘Pasrah’, Oyen Rasmi Dulu Pelamin & Katil
Bagi yang memiliki kucing, anda pasti tahu bahawa haiwan comel itu terkadang boleh berkelakuan ‘aneh’.
Dengan gelagatnya yang bersahaja, ia bagaikan menjadi ‘raja’ di dalam rumah.
Apatah lagi kucing oren, ia sememangnya dikenali dengan tingkah langkah yang boleh ‘mencabar kesabaran’.
Namun, mereka tetap menjadi kesayangan dan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
Menerusi perkongsian Cik Puan Ieja di Facebook, kucing oren miliknya bagaikan tidak ‘merelakannya’ untuk mendirikan rumah tangga.
Kucing kesayangannnya yang dipanggil Yen itu dilihat ‘menempel’ di atas katil dan pelaminnya.
Yen, redhakanlah mommy nak kawen.
Abes semua kau rasmi dulu, katil and pelamin mommy pon kau nak rasmi dulu kan.
Mommy janji sayang kau sampai bila bila.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat kucing itu.
Sumber: Cik Puan Ieja
The post “Yen, Redhakanlah Mommy Nak Kahwin”, Bakal Pengantin ‘Pasrah’, Oyen Rasmi Dulu Pelamin & Katil appeared first on Siakap Keli.
No comments: