Ads Top

(Video) Gadis Hebat Bertukang, Modal Hanya RM1.5k ‘Renovate’ Sendiri Dapur Lama Jadi ‘Island Kitchen’

Satu masa dahulu pepatah Melayu pernah mengatakan, ‘jangan disangka tangan yang menghayun buaian tidak boleh menggoncang dunia’.

Demikianlah yang dilakukan oleh seorang gadis ini apabila dengan berbekalkan kemahiran pertukangan yang ada, dia mampu mengubah suasana dapur daripada tema ‘kampung’ ke moden.

Kisah ini dikongsikan oleh warga Twitter, Auni Faizun tentang kakaknya, Wani Faizun yang berjaya melakukan renovasi di dapur rumah mereka.

Menariknya, projek renovasi dapur rumah yang terletak di Permatang Badak, Kuantan ini diusahakan sendiri bersama ibu dan ayahnya dan hanya menelan kos kira-kira RM1,500 sahaja.

Jom ikuti perkongsian melalui ciapan, gambar dan video di bawah ini.

Jom tengok gambar dapur mereka ketika sebelum dan selepas renovasi satu-persatu di bawah ini.

Gambar: Auni Faizun
Gambar: Auni Faizun
Gambar: Auni Faizun

Jika diperhatikan betul-betul, sungguh jauh betul bezanya antara suasana dapur lama dengan dapur terkini mereka. Jangan kata berubah dari kayu ke batu, malah susunannya juga menjadi semakin kemas teratur ala-ala dapur rumah

Difahamkan, tahap bersungguh-sungguh tiga beranak ini untuk menyiapkan dapur baharu idaman mereka sampai si ayah terkena serangan gout hingga beberapa kali.

Selain itu, mereka juga terpaksa berhadapan dengan risiko bahaya apabila didakwa selalu tercedera ketika mengendalikan mesin dan memecahkan batu-bata.

Tapi alah bisa tegal biasa, semua cabaran itu berjaya dihadapi dengan cekal. Akhirnya siap jugalah dapur basah atau ‘wet kitchen’ idaman ini.

Gambar: Auni Faizun

Kudrat tenaga si kakak

Di sebalik kepuasan menaik taraf dapur ini, satu-satunya ‘master mind’ paling berperanan dalam projek ini tidak lain tidak bukan ialah si kakak, Wani.

Difahamkan, kerja-kerja pengubahsuaian ini bermula daripada menukang kayu, cabut sana-sini, memotong papan, bermain dengan jentera besi sehinggalah ke mengecat, semuanya adalah ‘air tangan’ Wani. Memang di luar jangkaan.

Keberanian Wani berhadapan dengan kerja-kerja kayu yang sudah pastinya kasar dan berbahaya ini sedikit-sebanyak telah melawan mitos yang selama ini kita pegang; anak perempuan hanya perlu rajin memasak di dapur sahaja.

Wani juga ada memuat naik video kerja-kerja tukangannya di dapur tersebut ke Youtube baru-baru ini dengan tiga fasa, iaitu fasa membuka kabinet, memasang semula (setelah diubah suai) dan fasa terakhir iaitu renovasi dapur.

Jom tonton video fasa pertamanya di bawah ini.

Nampak betapa ‘selambanya’ Wani bertukang, bukan? Mungkin pertukangan adalah hobi yang diminatinya sejak dari zaman kanak-kanak dahulu.

Sesudah itu, jom kita tonton pula video fasa kedua di bawah ini.

 

Dan kini kemuncaknya, Wani memuat naik video fasa terakhir iaitu renovasi dapur. Jom tontoninya di bawah ini.

Menurut Auni, projek renovasi dapur ini bermula sejak Disember tahun lalu. Lebih kurang dua bulan jugalah tempoh yang diambil untuk menyiapkan dapur baharu ini.

Apa kata warganet?

Boleh dikatakan semua warganet yang melihat ciapan dan video-video ini sangat teruja dengan apa yang dihasilkan mereka ini.

Rata-ratanya sungguh tidak menyangka bahawa renovasi dapur moden secantik ini hanya menelan kos sebanyak RM1,500 sahaja. Ianya sangat berbaloi dan mungkin jauh lebih berpatutan berbanding harga yang ditawarkan dalam pasaran.

Macam yang dikatakan tadi, besar sungguh ‘fungsi’ Wani dalam projek renovasi dapur ini. Ayahnya hanya membantu ‘sikit-sikit’ sahaja, selebihnya Wanilah punya kerja.

Belajar agama tapi bakat bertukang

Ya, inilah hakikatnya tentang personaliti Wani. Di sebalik kerasnya tangan gadis ini bertukang, Wani sebenarnya merupakan lulusan bidang dakwah dan pengurusan dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) Kuantan, Pahang sebelum ini.

Jelaslah di sini bahawa kita sebenarnya mampu untuk melakukan hal-hal besar yang hebat dalam kehidupan, meskipun ianya bukanlah daripada bidang landasan ilmu yang dipelajari semata-mata.

“Kalah bengkel KHB sekolah aku”

Disebabkan rumah mereka begitu lengkap dengan alat dan jentera pertukangan, warganet ini terpaksa berlaku jujur bahawa bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sekolahnya dahulu pun ‘kalah’.

Sumber: Twitter Auni Faizun / Youtube Wani Faizun

The post (Video) Gadis Hebat Bertukang, Modal Hanya RM1.5k ‘Renovate’ Sendiri Dapur Lama Jadi ‘Island Kitchen’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.