(Video) Cemas, Dipercayai Mungkin ‘Langgar’ Lampu Merah, Dua Motosikal Bertembung
Laporan berita mengenai nahas kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal saban hari kian membimbangkan.
Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada sahaja kes kemalangan yang berlaku, sama ada melibatkan penunggang awam mahupun penghantar makanan.
Terdapat banyak punca kemalangan berlaku, namun tidak dinafikan, sikap seseorang penunggang itu sendiri juga boleh menjadi penyebab utama kecelakaan tersebut.
Antara lokasi ‘panas’ bagi nahas kemalangan penunggang motosikal adalah di persimpangan lampu isyarat, salah satu puncanya adalah daripada sikap sebahagian penunggang yang didakwa tidak mematuhi lampu isyarat.
Sama seperti rakaman yang dikongsikan kembali oleh laman Twitter MyWatch hari ini, satu kemalangan dilapor telah berlaku di sebuah lokasi dipercayai di Terengganu.
Difahamkan, nahas terjadi adalah kerana terdapat penunggang yang dipercayai mungkin melanggar lampu merah di laluannya hingga merempuh penunggang lain. Mari ikuti video ini.
Rakaman dashcam kes kemalangan yang berlaku pagi tadi melibatkan 2 penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Al-Taqwa Kg Durian Burung, Kuala Terengganu. pic.twitter.com/hDxeOzWg4a
— MyWatch (@My_CrimeWatch) February 15, 2021
Berhati-hatilah semasa menunggang motosikal. Patuhilah lampu isyarat. Ingat orang yang tersayang.
Anda mampu mengubahnya.
Sumber: Twitter MyWatch
The post (Video) Cemas, Dipercayai Mungkin ‘Langgar’ Lampu Merah, Dua Motosikal Bertembung appeared first on Siakap Keli.
No comments: