Ads Top

Jom Hafal Al-Quran – Ini Surah Mudah Yang Boleh Dihafal Sepanjang PKP

Bermula hari ini, beberapa negeri telah dikuatkuasakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan yang mengakibatkan kawasan yang mengalami peningkatas kes COVID-19. Untuk beberapa negeri lain pula, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan juga Pemulihan dijalankan.

Maka, bermulalah kembali fasa bekerja dari rumah terutamanya buat mereka yang dikenakan PKP. Apabila berada di rumah, pasti agak sukar untuk menyeimbangkan masa antara kerja dan urusan rumah, namun yang paling penting ialah waktu untuk beribadah tidak boleh dipandang ringan.

Bahkan, apabila berada di rumah, kita akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menambah amal ibadah seperti menunaikan solat sunat Duha, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi.

Buat anda yang mempunyai azam baru untuk menghafal Al-Quran pula, adalah lebih mudah untuk merealisasikannya kerana apabila berada di rumah, gangguan persekitaran akan dikurangkan sedikit.

Jadi, jom kita lihat apa surah mudah yang boleh dihafal sepanjang tempoh PKP ini;

#1 – Surah Al-Mulk

Anda boleh mengambil peluang untuk menghafal surah ini setiap kali sebelum tidur. Ambil tiga hingga lima ayat untuk dihafal. Apabila sudah lancar, anda boleh menghafal tiga hingga lima ayat yang seterusnya pula.

Surah ini mudah, mempunyai sebanyak 30 ayat dan merupakan surah yang ke-67 dalam Al-Quran. Ia juga merupakan salah satu surah yang diturunkan di Mekah.

Al-Mulk yang bermaksud kerajaan mempunyai isi kandungan yang sungguh unik seperti mengenai hidup dan mati sebagai ujian untuk manusia serta kekuasaan Allah adalah yang Maha Agung.

#2 – Surah Yasin

Jika anda sering membaca surah Yasin, maka lebih mudah untuk menghafalnya kerana ia telah sebati dalam diri anda. Jadi, apa kata ambil peluang ini untuk menghafalnya agar kelak, anda tidak akan kekok lagi untuk membaca surah ini tanpa menatap mushaf Al-Quran.

Surah ini merupakan surah yang ke-36 dalam Al-Quran dan mempunyai sebanyak 83 ayat.

Ia sering dibaca terutamanya dalam bacaan tahlil atau untuk disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia kerana banyak manfaat yang diperoleh.

Maksud: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari reda Allah, maka akan diampunkan dosanya.” (HR Ibnu hibban, no. 2574)

#3 – Surah Ar-Rahman

Surah ini agak panjang kerana mempunya sebanyak 78 ayat, namun setiap satu-satunya pendek memudahkan lagi kita untuk menghafalnya. Ia merupakan surah ke-55 dalam Al-Quran dan isi kandungannya menceritakan mengenai rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Dalam 78 ayat ini, sebanyak 31 kali ayat yang sama diulang pada surah ini kerana ia mempunyai erti yang amat dasyat bagi menyedarkan kepada kita semua mengenai erti syukur akan kurniaan Allah.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Mafhum: “Maka, yang mana satu di antara nikmat tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?”

#4 – 4 Qul

4 Qul cukup terkenal dalam kalangan kita kerana ayatnya yang pendek dan ringkas memudahkan lagi penghafalan. Bahkan, 4 Qul sudah mula dihafal oleh anak-anak kecil sewaktu di bangku sekolah lagi kerana ia merupakan antara surah terawal yang akan diajar.

4 Qul tersebut adalah:

a – Surah Al-Kafirun – Ia bermaksud orang-orang kafir. Ia merupakan surah ke-109 dan mengandungi enam ayat.

Surah ini diturunkan di Mekah pada waktu penyebaran Islam kerana kaum kafir Quraisy tidak berhenti menentang ajaran dakwah Rasulullah dengan memberikan ancaman berat kepadanya.

b – Surah Al-Ikhlas – Ia merupakan surah ke-112 dalam Al-Quran dan mempunyai sebanyak empat ayat.

Surah ini mengandungi ketauhidan kepada Allah dengan mengakui keesaan Allah dan kekuasaanNya.

c – Surah Al-Falaq – Ia adalah surah yang diturunkan di Mekah dan mengandungi sebanyak lima ayat.

Surah yang kedua terakhir dalam Al-Quran ini diriwayatkan diturunkan ketika Baginda SAW menghadapi masalah terkena sihir oleh seorang Arab Yahudi sehingga mengakibatkan Baginda sering berasa was-was. Disebabkan itu Allah menuruNkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.

d- Surah An-Nas – Ia adalah surah terakhir di dalam Al-Quran yang diturunkan bersama dengan surah Al-Falaq.

Surah ini mengandungi enam ayat ringkas yang juga boleh dibaca ketika meminta perlindungan Allah agar dilindungi daripada bisikan syaitan.

Kesimpulan

Perjalanan menghafal Al-Quran aKan menjadi lebih seronok apabila kita memahami isi di sebalik kandungan surah tersebut. Ia menjadikan kita lebih menghayati akan sebab di sebalik turunnya ayat tersebut.

Mulalah menghafal dari sekarang kerana banyak manfaatnya yang bakal diperoleh bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat kelak

Tambah-tambah lagi, kita mempunyai tidak kurang dari 80 hari lagi untuk menyambut Ramadan yang mulia. Jadi untuk memudahkan anda menjadi imam Terawih kelak, bolehlah jadikan surah-surah ini sebagai batu loncatan untuk menghafal.

Baca juga
9 Tips Mudah Hafal Al-Quran

The post Jom Hafal Al-Quran - Ini Surah Mudah Yang Boleh Dihafal Sepanjang PKP first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.