Westlife Kembali Ke Malaysia, Jayakan 2 Konsert Di Shah Alam
Kumpulan boyband era 90-an, Westlife mengesahkan mereka bakal kembali membuat persembahan di Malaysia pada bulan Ogos ini. Yang menariknya, kedatangan mereka pada kali ini adalah untuk menjayakan dua siri konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos depan.
Westlife membuat pengumuman itu menerusi laman Twitter mereka, hari ini. Kali terakhir Westlife mengadakan persembahan di Malaysia adalah pada lapan tahun lalu.
Tiket-tiket akan dijual pada harga RM273, RM373, RM483, RM573 dan RM693. Walau bagaimanapun, pihak penganjur masih belum mendedahkan bila tarikh jualan tiket akan dibuka kepada umum.
We are beyond excited to be going on tour to Asia this Summer! Stay tuned for ticket details and on sale dates – coming soon! pic.twitter.com/GRqnlBPRrt
— Westlife (@westlifemusic) March 21, 2019
Konsert jelajah yang diberi nama The Twenty Tour itu dianjurkan MacpiePro dan Universal Music Malaysia.
Selain Malaysia, kumpulan yang dianggotai Mark Feehily, Shane Filan, Nicky Bryne dan Kian Egan itu turut akan berkunjung ke Bangkok, Macau, Taipei, Manila, Jakarta dan Singapura untuk menghiburkan peminat setia mereka.
Westlife yang ditubuhkan pada 1998 pernah berpecah pada 2012 namun mereka kembali bersatu pada tahun lalu. Mereka kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hello My Love yang diterbitkan pada 10 Januari lalu. – KopiPlanet.com
The post Westlife Kembali Ke Malaysia, Jayakan 2 Konsert Di Shah Alam appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: