Ads Top

Selepas Bentuk Bumi, Suhaimi Saad Kini Pertikai Saiz Matahari & Bulan

Jika sebelum ini penyanyi nasyid Suhaimi Saad memberi pandangannya tersendiri tentang bentuk muka bumi, kini mempersoalkan pula tentang saiz matahari dan bulan.

Menerusi entri terbaharunya di Facebook, Suhaimi menyatakan bahawa saiz matahari dan bulan adalah lebih kurang sama dan tidak seperti yang diperkatakan tentang saiz matahari yang lebih besar.

“Sejak 40 tahun yang lalu, hampir setiap pagi aku melihat matahari itu terbit dari arah timur dan terbenam di ufuk barat. Ia memang terlihat bergerak begitu sesuai dengan firman Allah di dalam Al Quran.

“Sejujurnya, ia tidaklah kelihatan sebesar yang diperkatakan orang kebanyakan. Seolah olah dia pernah mengukur matahari,” ujarnya.

Menurutnya lagi, saiz antara matahari dan bulan lebih kurang sama. Cuma cahaya matahari itu panas memancar dan cahaya bula pula redup dan sejuk serta ada ketika saiz bulan lebih besar daripada matahari.

Sebelum ini, suami kepada Ina Naim itu membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa bentuk muka bumi adalah rata dan bukan sfera seperti yang diketahui umum.

Malah, dia juga pernah mencabar angkasawan negara pertama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dan mengatakan bentuk muka bumi ini sfera. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Facebook Suhaimi Saad

The post Selepas Bentuk Bumi, Suhaimi Saad Kini Pertikai Saiz Matahari & Bulan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.