Saya Dah Ada Kekasih, Tak Masuk Akal Kata Saya Orang Ketiga – Fify Azmi
Wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Rashidi Ishak iaitu Fify Azmi menafikan dia menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga aktor itu bersmaa bekas isterinya, Vanidah Imran.
Menurut Fify, dia sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan penceraian yang berlaku pada Ogos tahun lalu melibatkan pasangan pelakon tersebut.
“Untuk memperjelaskan keadaan, saya tiada kaitan dengan isu penceraian abang Shidi dan kak Vee. Gambar dan video saya dengan abang Shidi itu hanya untuk iklan produk terbaharunya iaitu Starrasky Perfrume. Masa penggambaran iklan itu pun abang Shidi dan kak Vee dah bercerai.
“Saya memang terkejut bila dapat tahu nama saya dikaitkan sebab satu hari suntuk saya sibuk dengan penggambaran dan memang tidak pegang telefon langsung. Saya tahu isu ini pun melalui pengurus saya.
“Saya harap orang ramai tak salah faham sebab saya dan abang Shidi dah lama kenal malah hubungan kami dah macam adik dan abang. Tak masuk akal untuk orang kaitkan saya sebagai orang ketiga sebab saya pun dah ada kekasih dan kami sudah lama bercinta sejak beberapa tahun lalu,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com
Nama Fify muncul dikaitkan selepas beberapa gambar dan video aksi mesranya dengan Rashidi dimuat naik aktor itu menerusi laman Instagramnya sekali gus netizen membuat andaian wanita itu sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga Rashidi dan Vanidah.
Rabu lalu, Rashidi mengumumkan sudah bercerai dengan Vanidah sejak 9 Ogos 2018. Menurut aktor itu dia terpaksa merahsiakan penceraian itu atas dasar privasi dan menghormati semua pihak yang terlibat.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua anak, Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15. – KopiPlanet.com
The post Saya Dah Ada Kekasih, Tak Masuk Akal Kata Saya Orang Ketiga – Fify Azmi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: