Ads Top

TWICE Buat Kemunculan Semula Selepas Album “The Year Of “Yes”

Penyanyi berkumpulan TWICE didedahkan bakal membuat kemunculan semula mereka pada bulan April ini dan rata-rata peminat di seluruh dunia tidak sabar menantikan buah tangan terbaharu daripada kumpulan tersebut.

Menurut sumber eksklusif, TWICE dikatakan sedang sibuk menyiapkan album terkini sebaik sahaja empat bulan melancarkan album “The Year of “Yes” pada Disember tahun lalu.

Terkini, kumpulan yang dianggotai oleh sembilan ahli ini telah menyasarkan untuk melancarkan album mereka yang seterusnya pada bulan April ini walaupun tarikhnya belum diputuskan lagi.

Sementara itu, menurut sumber yang sama juga turut mendedahkan bahawa TWICE secara rahsia baru sahaja selesai merakam muzik video mereka bagi album tersebut pada Sabtu lalu.

Di samping itu juga, syarikat rakaman kumpulan terbabit iaitu JY Entertainment juga telah mengesahkan berkenaan perkara tersebut. – KopiPlanet.com

The post TWICE Buat Kemunculan Semula Selepas Album “The Year Of “Yes” appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.