Ads Top

Bila Isteri Mengadu Tentang Suaminya, Maknanya Dia Dah Tak Mampu Nak Tanggung!

Biasanya isteri mengadu, bila emosinya cukup serabut. Nak meluah untuk kurangkan rasa sakit di hati, bukan berniat mahu membuka salah suami tetapi kadang diri sendiri tak mampu nak tanggung.

Nak-nak pula kalau dapat suami jenis tak pandai jaga emosi isteri. Maka si isteri makan hati sendiri. Ada peluang dia cuba meluah pada mentua atau ipar duai, mengharapkan ada yang sudi betulkan keadaan. Tetapi akhirnya lain pula jadinya, sampai akhirnya dikatakan menantu ‘hantu’.

Nauzubillah… tetapi inilah realiti. Macam perkongsian Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria kali ini, bila isteri mengadu, macam-macam cerita yang jadi.

Tilik Kekurangan Anak Sendiri Dulu

Orang kita ni kan, asal suami buat perangai, salahnya pada isteri. Katanya:

Kena pandai jaga hati suami.

Bersabarlah. Perkara remeh usah bawa bergaduh.

Suami penat kat tempat kerja, stress. Balik kena layan karenah isteri dan anak-anak kat rumah pula.

Kat luar ada yang prihatin. Ada yang ambil berat.

Tahun depan dah nak masuk tahun 2020. Mak-mak mertua, makcik bawang, sudah sudah lah nak menangkan anak sendiri. Anak lelaki awak tak perfect. Anak lelaki awak bukan malaikat tak pandai buat salah. Bila menantu mengadu kekurangan anak awak, jangan terus nak jadi defensive minta menantu baiki diri sedangkan yang perlu dibetulkan adalah anak lelaki awak. Yang salah, anak lelaki awak.

Kena pandai jaga hati suami? Sampai bila orang perempuan dijadikan hamba dan suami wajib dilayan seperti raja? Isteri selalu berkorban perasaan untuk suami. Semua isteri. Habis suami, teman hidup, cinta hati isteri tak perlu jaga hati isteri? Sampai bila isteri wajib memberi, korbankan perasaan sendiri?

Kalau Isteri Mula Mengadu

Bersabar? Orang perempuan lah yang paling banyak bersabar dan tak berkira dalam rumah tangga. Berapa banyak peluang diberikan kepada suami. Perkara remeh? Kalau perkara remeh pun boleh jadi punca bergaduh, alamatnya takkan pernah aman sehari pun rumah tangga. Tiap hari akan ada punca untuk bergaduh. Bila isteri mengadu tentang suaminya, maknanya perkara yang berlaku adalah perkara besar. Dia dah tak mampu tanggung. Bukan hal remeh.

Suami stress dan penat kat tempat kerja? Habis isteri tak penat? Zaman sekarang isteri sama-sama cari rezeki. Dengan kerja rumah lagi, memasak. Kemas rumah. Jaga anak. Kalau dapat suami yang rajin membantu, untung. Kalau dapat suami yang didik oleh ibunya untuk jadi raja, alamatnya jadi orang gajilah isteri di rumah. Ingat isteri tak pandai penat? Robot tak pandai stress.

Nak Banding Siapa Stress?

Suami balik rumah sekejap dah stress dengan karenah anak, habis isteri yang 24 jam dengan anak takde rehat macam mana? Tak stress? Tak penat? Nak-nak lagi yang beronline bisnes sambil jaga anak, uruskan rumah. Buat 3 kerja serentak. Tak ada cuti. Tak ada mc, sakit pun tak ada rehat.

Kat luar ada yang prihatin, ambil berat? Lelaki. Kalau isteri dah buat yang terbaik, tetap akan cari alasan untuk menggatal. Isteri tak cukup rehat cari rezeki, uruskan rumah, tidur tak cukup, rehat tak cukup, masa untuk diri sendiri jauh sekali. Suami minta dibelai? Dimanja? Disayang macam raja? Bukan pentingkan diri sendiri namanya tu?

Apa yang lagi menyedihkan, stigma ni ada pada orang perempuan sendiri. Entah bila nak berubah.

The post Bila Isteri Mengadu Tentang Suaminya, Maknanya Dia Dah Tak Mampu Nak Tanggung! appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.