Ads Top

Total Dhamaal: Anil Kapoor Dan Madhuri Dixit Bersatu Semula

Produser dan pelakon Bollywood terkenal Anil Kapoor, 63, sekali lagi bekerjasama dengan Madhuri Dixit dalam pembikinan filem terbaharu berjudul Total Dhamaal.

Menurut Anil, dia mengakui begitu teruja mendapat tawaran membintangi filem Total Dhamaal dan tidak ada filem yang lebih baik untuk dia kembali sebagai pasangan bersama Madhuri setelah 18 tahun menanti.

“Saya sangat gembira kerana dapat berlakon bersama Madhuri dalam pembikinan filem ini. Tawaran ini datang tepat pada masanya dan saya tidak akan menolak.

“Saya rasa semua ini adalah aturan Tuhan yang mahukan kami bersama-sama dalam filem ini. Ketika berada di lokasi penggambaraan, ia tidak kelihatan kami kekok untuk bekerjasama,” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan berkenaan pernah bergandingan kali terakhir menerusi filem Lajja pada tahun 2001.

Total Dhamaal adalah filem aksi penuh komedi mengisahkan tentang sekumpulan jenayah dan pasangan suami isteri yang mahu bercerai. Namun, mereka telah bersaing untuk mencari wang tersembunyi.

Selain Anil dan Madhuri, filem arahan Indra Kumar turut dibintangi Ajay Devgn, Riteish Deshmukh dan Arshad Warsi. Total Dhamaal akan memulakan tayangannya pada 22 Februari nanti– KopiPlanet.com

The post Total Dhamaal: Anil Kapoor Dan Madhuri Dixit Bersatu Semula appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.