Ads Top

Saya Menyesal Bersuamikan Dia

Kadangkala kita menyesal bersuami kan suami kita , mungkin kerana dia tidak seperti suami kawan kita yang selalu hidangkan kesenangan . Suami kawan kita berjawatan tinggi , selalu manjakan isteri dengan kesenangan , beri kan apa sahaja yang dihajat kan . Perwatakan nya pun lebih bergaya berbaju kemeja rapi . Sudah tentu kawan kita itu berbangga dengan suami nya . Kita merasa ” cemburu ” . suami kita tidak seperti itu .

Tapi tidak suami kita , pakaian nya sering kotor ketika pulang bekerja , pendapatannya tidak menentu , apa yang di minta sering tertangguh . Kadangkala merasa menyesal kerana memilih lelaki ini , sebelum ini di sangka kan rezeki suami lebih lebat selepas kahwin tetapi sebalik nya .

Bukan suami tidak ” berusaha ” tetapi mungkin belum sampai rezeki nya lagi untuk memberi hidup yang lebih senang .Kita sering mengeluh dengan kesusahan , kadangkala kita mencemuh suami dalam hati , kita mulai tidak ikhlas berkhidmat untuk nya .

Ya , dia tidak seperti suami kawan kita , suami kawan kita ” HEBAT ” . Namun tahukah anda di sebalik tabir ketika keluar bekerja , mungkin suami kamu menangis sendirian di atas motosikal ketika menuju ke tempat kerja memikirkan sesuatu untuk berusaha membahagia kan kamu ?

Jika suami kamu kuat bekerja siang dan malam dengan usaha nya , tapi hidup kamu masih belum senang seperti rakan-rakan kamu , itu ertinya suami mu telah pun IKHLAS berusaha tapi mungkin belum rezeki nya untuk lebih senang .

Keikhlasan nya berusaha itu sudah cukup membukti kan dia lah LELAKI terbaik yang Allah berikan untuk kamu , tapi kita terlupa sudut itu , kita lebih memandang kebahagiaan dari sudut harta dan benda .

Ingat lah para isteri , hargai lah KEIKHLASAN suami mu yang kadangkala dia tak pernah bagitau kita . Kesusahan nya berusaha , jarang sekali dia ceritakan , kerana sikap seorang suami yang hanya mahu kamu tahu yang indah2 sahaja mengenai nya.

Jangan hanya memandang apa yang dihadapan kamu , tapi cuba selami juga apa yang tidak kamu lihat , susah senang nya dan keperitannya ketika berusaha di luar tak pernah kita ketahui ketika di rumah .

Jangan tunggu senang untuk bahagia , kerana waktu akan meninggalkan kita , Hargai lah kebahagiaan bersama nya mulai saat susah , ketika senang kelak kebahagiaan akan lebih manis . Hargai lah ,berhentilah mengeluh wahai isteri , kenali lah di sebalik tabir suka duka suami mu yang tak kamu ketahui .

Sumber : KRT




No comments:

Powered by Blogger.