Ads Top

Neelofa Kongsi Anaknya Muhammad Bilal Dapat Duit Raya Keseluruhan RM14,000

Usahawan dan pengacara Neelofa barkongsi mengenai anaknya, Muhammad Bilal yang mendapat keseluruhan duit raya sebanyak RM14,000.

Perkara tersebut dikongsikan oleh usahawan berkenaan menerusi akaun TikTok dalam satu video ketika dia dan suaminya, PU Riz sedang mengira duit raya.

“Jazakallahukhair… terima kasih kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.

“Ini semua duit-duit yang diberi sampai ada duit 1,000 dirham. Ini duit raya pada tahun ini RM14,020. Masya-Allah,” ujar PU Riz dalam video berkenaan.

Pada masa sama, rata-rata netizen ternyata teruja melihat jumlah duit raya anak kepada pasangan tersebut yang baru berusia empat bulan. – KopiPlanet.com

The post Neelofa Kongsi Anaknya Muhammad Bilal Dapat Duit Raya Keseluruhan RM14,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.