Ads Top

Elyana Dedah Dia Lamar Suami Untuk Berkahwin, Cita-Cita Mahu Kahwin Awal & Jadi Seorang Ibu

Sempena sambutan Hari Ibu yang berlangsung semalam, pelbagai momen yang dikongsikan oleh anak-anak bersama ibu tercinta.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah perkongsian yang dibuat oleh penyanyi popular Elyana menerusi Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi itu mendedahkan dahulu dia memang mempunyai cita-cita untuk berkahwin awal dan menjadi seorang ibu.

“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal. Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya..

“Masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba,yang penting nak kahwin… Alhamdulillah, tercapai..” kongsinya.

Penyanyi berkenaan mendirikan rumah tangga pada November 2010 dengan Khairul Anuar Husin serta mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah serta seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan turut menitipkan kata-kata doa menerusi perkongsian tersebut.

“Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana,diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga..,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Elyana Dedah Dia Lamar Suami Untuk Berkahwin, Cita-Cita Mahu Kahwin Awal & Jadi Seorang Ibu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.