Ads Top

“Hinanya Keturunan Shima Di Mata Mereka…” – Baby Shima Sebak Ada Netizen Suruh Jangan Dengar Lagu Pulang Kerana Datuknya Beragama Kristian

Baru sahaja melancarkan single baharu Pulang sempena Aidilfitri pada minggu lalu, penyanyi Baby Shima berhadapan dengan pelbagai komen netizen.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Baby Shima tidak dapat menahan sebak apabila ada netizen yang menyuruh orang ramai tidak mendengar lagu tersebut kerana datuknya beragama Kristian.

“Hina nya keturunan Shima di mata mereka..

“Takpe guys kalau benci dan hina jangan dengar lagi lagu Pulang #babyshima#pulang#adanampakmummyhappy,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat terus memberikan kata-kata semangat kepada Baby Shima dan mengecam komen netizen berkenaan.

Malah, mereka memberi pesanan supaya penyanyi berkenaan tidak menghiraukan komen-komen sedemikian.

Pulang yang dimuatnaik di YouTube pada 29 April lalu merupakan sebuah lagu tentang keinginan dan hasrat yang mendalam untuk pulang dengan harapan dapat berjumpa kedua orang tua bersempena perayaan Aidilfitri. – KopiPlanet.com

The post “Hinanya Keturunan Shima Di Mata Mereka…” – Baby Shima Sebak Ada Netizen Suruh Jangan Dengar Lagu Pulang Kerana Datuknya Beragama Kristian appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.