Ads Top

Mira Filzah Kini Bergelar Seorang Ibu, Selamat Bersalin Cahaya Mata Lelaki


Pelakon popular, Mira Filzah akhirnya bergelar seorang ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada awal pagi tadi.

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh Wan Emir yang juga suami kepada pelakon berkenaan menerusi satu posting di Instagram.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW — isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat,” tulisnya.

Pada masa sama, Wan Emir juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan mereka sehingga kelahiran cahaya mata pertama.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.

“May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” ujarnya.

Dalam pada itu, peminat-peminat Mira turut mengucapkan tahniah atas kelahiran putera sulung pasangan berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Mira Filzah Kini Bergelar Seorang Ibu, Selamat Bersalin Cahaya Mata Lelaki appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.