Ads Top

Setelah Lima Tahun Cipta Nama Di Luar Negara, Chui Keng Guan Kembali Arahkan Filem Tempatan Menerusi Ma, I Love U

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, pihak penerbit Astro Shaw mengumumkan bakal menerbitkan sebuah filem berjudul Ma, I Love U yang bakal mendapat sentuhan pengarah Chiu Keng Guan.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan selaku penerbit, Astro Shaw telah bersama-sama Chiu Keng Guan sejak filem arahan pertamanya lagi pada tahun 2010.

“Apabila terlibat sekali lagi sebagai salah satu penerbit untuk filem Ma, I Love U tentunya kami rasa amat berbesar hati kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan bakat hebat tanah air ini.

“Bersempena Hari Ibu, kami yakin ini adalah waktu yang sesuai untuk mengumumkan kehadiran filem Ma, I Love You yang mengangkat kisah pengorbanan seorang ibu yang akan menemui penonton di pawagam pada Tahun Baru Cina kelak,” ujarnya.

Ma, I Love You mengetengahkan kisah menyentuh perasaan yang menumpukan tentang cabaran hubungan ibu dan anak yang hidup bersama.

Sementara itu, Chiu Keng Guan yang lima tahun mengukir nama di luar negara sebelum bakal kembali mengarahkan filem tempatan meluahkan rasa teruja untuk kembali beraksi menghasilkan filem di negara sendiri.

“Saya telah mengkaji kisah-kisah hubungan ibu dan anak sejak beberapa tahun yang lalu dan saya mendapati banyak momen dan detik menarik serta menyentuh perasaan. Jadi, kali ini saya ingin menghasilkan sebuah filem yang relevan dan amat dekat dengan generasi dan masyarakat sekarang.

“Saya harap pada Tahun Baharu Cina akan datang, filem ini mampu mengembalikan penonton ke pawagam untuk merasai gelak tawa, kegembiraan dan detik berharga bersama keluarga mahupun rakan-rakan,” ujarnya.

Sebelum ini, pengarah tersebut dikenali ramai menerusi beberapa buah filem arahannya yang mendapat sambutan hangat seperti The Journey dan Ola Bola.

Filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw ini bakal menjalani sesi penggambaran pada bulan September ini dan pihak produksi kini dalam sesi pencarian bakat baru pelakon dan buat mereka yang berminat boleh menghantar video lakonan mereka. 

Audisi terbuka ini untuk watak utama lelaki dan wanita, remaja dalam lingkungan umur 17 hingga 18 tahun dan mereja yang berminat boleh menyediakan gambar: penuh, mug shot berserta gambar kasual.

Kongsikan juga dua video rakaman (boleh di ambil menggunakan kamera telefon) : 1. Video pengenalan diri (2 minit), 2. Video  berkaitan hubungan anda bersama ibu serta pengalaman yang tidak anda boleh lupakan bersama ibu dan persamaan personaliti anda dan ibu anda (durasi 2-3 minit). Kemudian memuat naik video berkenaan di YouTube (Unlisted) dan hantarkan link tersebut ke NewMovie@chiu.my sebelum 6 Jun 2022.  – KopiPlanet.com

The post Setelah Lima Tahun Cipta Nama Di Luar Negara, Chui Keng Guan Kembali Arahkan Filem Tempatan Menerusi Ma, I Love U appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.