(Video) “Semalam Mungkin Bukan Hari Yang Baik Buat Peniaga Bazar”, Sayu, Keadaan Peniaga Mangsa Ribut Semalam
Semalam umat Islam di Malaysia telah menyambut kedatangan 1 Ramadan untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini. Umumnya, Ramadan adalah bulan ‘pesta’ ibadah bagi mereka yang benar-benar meraikannya.
Dalam masa sama, Ramadan juga menjadi ‘lubuk rezeki’ bagi mana-mana peniaga yang menjual makanan, khususnya juadah berbuka puasa. Aktiviti berniaga di bazar sudah dianggap budaya di mana-mana negara, termasuk di negara kita sendiri.
Namun tidak dinafikan, Ramadan juga dianggap sebagai bulan ujian kerana kita dituntut untuk menahan lapar dan dahaga, selain perlu ‘menjaga’ perkara-perkara lain agar dapat berpuasa dengan penuh fokus.
Menyentuh soal ujian, tanggal 1 Ramadan semalam menyaksikan satu ujian besar menimpa golongan peniaga di bazar Ramadan, apabila berlakunya tragedi hujan lebat dan ribut petir di kebanyakan kawasan.
Sejajar dengan fitrah alam, hujan dan ribut itu ‘mengganas’ tanpa diduga, sekaligus menjejaskan kawasan tapak bazar Ramadan. Maka berterbanganlah beberapa khemah dan kanopi jualan dibadai angin kuat.
Beberapa foto dan video yang sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian tular pantas di media sosial. Berikut adalah beberapa foto yang dimuat naik oleh BERNAMA tentang tragedi ribut semalam.
Semalam mungkin bukan hari yang baik buat peniaga #BazarRamadan ekoran hujan lebat & angin kencang
Ada yang jualannya rosak digenangi air
Ada yang sakit badan ‘berlawan’ dengan angin kencang dari menerbangkan kanopi
Jangan putus asa, semoga rezeki kalian lebih baik hari ini pic.twitter.com/epYYfmU8db
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 14, 2021
Difahamkan, antara lokasi berlakunya kejadian ribut ini semalam adalah dipercayai di Bazar Ramadan Garden Homes Seremban 2 dan Sendayan di Negeri Sembilan.
Fot0-foto yang dikongsikan laman Facebook Negeri Sembilan Kini memaparkan situasi banjir yang menenggelami kawasan tapak bazar berkenaan, sekaligus membantutkan aktiviti jual beli juadah berbuka yang sepatutnya meriah.
Tidak hanya di bazar Ramadan, malah bangunan Etiqa berhampiran Masjid Jamek di ibu kota pun turut ‘terkesan’ dengan ribut yang mengganas ini.
Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna Twitter Jayyid Khairir, kelihatan beberapa kakitangan di bangunan berkenaan bertempiaran lari menyelamatkan diri ketika sedang ‘dijamah’ ribut.
Namun tidak semena-mena, tiba-tiba dinding kaca di satu sudut di bangunan tersebut pecah berderai. Berkemungkinan akibat ditolak angin yang begitu kuat dari arah luar.
Bangunan etiqa masjid jamek pic.twitter.com/d92Mu5w67S
— ♬ ┐Jayyidkhairir┌ ♬ツ (@jayyidkhairir) April 13, 2021
Begitulah rupanya ‘kemeriahan’ yang mengiringi pembukaan Ramadan kita pada tahun ini. Tidak dapat tidak, kita haruslah reda serta berlapang dada bahawa segala ujian yang mendatang ini adalah ‘tanda peringatan dari Yang Maha Esa.
Semoga abang-abang peniaga bazar, akak-akak yang bersengkang mata memasak juadah dari awal pagi, serta yang lain-lain dan kita semua bertabah akan ujian ini.
Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa semua.
The post (Video) “Semalam Mungkin Bukan Hari Yang Baik Buat Peniaga Bazar”, Sayu, Keadaan Peniaga Mangsa Ribut Semalam appeared first on Siakap Keli.
No comments: